MI SIPUT GORENG KICAP...ERR TAK BERAPA NAK HITAM PULAK..

rsz_1dsc_0800
Morning semua...sarapan apa ni hari? Sebenarnya ini mat masak semalam, nama je mi siput goreng kicap, tapi kaler tak berapa nak hitam sangat kan, sebabnya kicap pekat habis sudahh...huhu, jadi guna kicap biasa. Kicap biasa tak boleh letak banyak sangat, sebab masin, kalau kicap pekat dia kurang masin tapi pekat dan hitam (mat guna kicap pekat cap pisau). Takpe lah, apa2 pun mi ni dah selesai pun masuk dalam perut masing2...takde pun deme komen apa, diamm je makan, kira sedap lah kan...ke lapar eks..hehe. kali ni mat guna mi sanggul CINTAN, yang rupa parasnya idok leer ropa sanggul sangat, kalau ropa megi tu ada lah, cuma mi dia leper2 sikit. Satu lagi, mat masak sempoi, taugeh takde, ku belasah sawi, tu pun sawi ada sepokok je. Cuma kerang ada lebih...dan udang pulak jenis very the kiut gitu, tak kesah, janji ada. Mi siput tu anda celur dulu, tapi jangan sampai lembik, kasi dia lembut saja, lepas tu toskan. Ok dah ready semua...sila pakai apron dan jomm mula masak!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping mi siput CINTAN, celur hingga lembut dan toskan
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang
1 pokok sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1/3 cawan isi kerang
1/3 cawan isi udang
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar penuh cili kisar
1 1/2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1/2 camca teh minyak bijan
1 kiub pati ayam
Hirisan cili merah untuk hiasan
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan kiub ayam, kacau rata dan tumis hingga cili garing. Masukkan kerang dan udang, kacau rata dan tambah sedikit air.
  2. Masukkan batang sawi putih dan masak hingga lembut. Masukkan kicap pekat dan kicap manis, kacau rata. Tambah mi tadi gaul hingga sebati Tolak mi ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras sedikit, kemudian gaul rata dengan mi.
  3. Tambah minyak bijan dan daun sawi, gaul rata. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas.....hmmmm.

Post a Comment

8 Comments

  1. kaler takpe yang penting sedapppppppp hehehe :)

    ReplyDelete
  2. kaler takpe yang penting sedapppppppp hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Mat.. simpan semangkuk. Agak-agak kalau ada sesapa nak ke mari, ce ko kirim untuk mama. Lepas gak makan malam nanti... ngeh ngeh ngeh...

    Kalau betullah ko nak kirim, alang-alang, buatkanlah cheesecake sebijik.. Ate, biarlah bebaloi-baloi kalau orang tu nak nganto pun. Jauh tuuuuu.....

    ReplyDelete
  4. cik mat ..kalau menggunakan selain dari siput contohnya macam makanan laut seperti sotong , kerang adakah ia akan menjadikan rasanya berbeza ? atau tidak sesuai untuk mencampurkan sekali bahan2 itu ?

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa PCM!

    mee macam ni saya tak pernah jumpa kat pasaraya..mungkin saya tak jelajah sampai habis..pernah makan dan tengok orang makan sahaja..hehe

    ReplyDelete
  6. suka mee goreng cenggini.. akak pun suka guna mee sanggul cintan jugak, sedappp!

    ReplyDelete
  7. Salam.. nampak sedap tu.. bak sikit sepiring dua..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.