KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE..

rsz_dsc_0903
Pertama kali rasa masa jamuan hari raya lepas yang kat sini, Kak Yatie Memories bawa sebagai buah tangan. Sebenarnya mat tak boleh makan kek2 macam ni sekarang, errr...sikittttt ok kot. Tapi serius sedap. Satu lagi sebab kek ini dikukus, ia lembap dan rasa sungguh "sexy" bila dimakan. Cuma tak boleh lah nak dibuat selalu, anda pun fahamkan.. Mat buat untuk dijamu pada tetamu yang datang semalam. Pada mat ini antara kek yang mudah dibuat dan sedap. Menjadi kegemaran kanak2 juga, termasuk yang dah tak berapa nak kanak2 sangat. Untuk kek, tiada mentega digunakan, kecuali minyak jagung. Bila bahagian kek dan keju bersatu, rasa dia tak muak langsung, just nice dia nya balance. Kalau anda nak sedikit kelainan, bahagian keju tu boleh tambah sedikit parutan kulit oren atau kulit lemon berserta sedikit jusnya dalam 1 camca teh....menderhaka lagi...tapi tu hanya idea...

rsz_dsc_0929
Kalau ikut resipi, bahagian atas sekali dikukus selama 20 minit, tapi mat kena kukus lebih masa sikit, hampir 35 minit, sebab mat kukus 20 minit dengan api sederhana, bahagian tengah kek masih lembap dan belum masak, jadi mat tambah waktu mengukus. Dan satu lagi mat nak share, ini pun Kak Yatie juga yang bagi tau, bagi anda yang guna kukus eletrik Trio, dan kukus tu takde nak set api sederhana. Kalau dalam resipi sarankan anda kukus guna api sederhana, anda kukus kek atau kueh pada tingkat kedua kukusan (sebab Kukusan Trio ni 2 tingkat). Dan jika anda nak beli boleh kontek Chef Asma di sini... Ok jomm kita semak resipi mudah, ringkas dan sedapp ni..

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.
  5. Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong...

Post a Comment

27 Comments

  1. perghh....mmg nampak sexy lah cm...mengiurkan anak tekak.

    ReplyDelete
  2. As'salam Che Mat..

    Haishhh ............
    sungguh menggoda jiwa raga dibuatnyer!!

    ReplyDelete
  3. Akhirnyaaaaaa....penantian akak berakhir, mmng akak tunggu2 sangat kek yg che mat buat tau...cantik, menggoda dan buat siapa yg melihatnya tergoda jugak....owhhhh Mat takleh makan banyak ya,kalau dekat..maunya akak mintak 1/2 loyang...he3..nak gak rasa yg Mat buat..

    ReplyDelete
  4. CMG.slalu tu sy silent reader sja...he.
    tp kali ni huh terlioq saya tgok kek nie...nk buat la nnti...


    saya dah follow CMG...

    ReplyDelete
  5. nak buat jugak! dan nak makan banyak2! tq share CMG!

    ReplyDelete
  6. ala sedapnye. saya nak mintak share resepi kat blog yer :)

    ReplyDelete
  7. nampak sedap nanti bley terai nie

    ReplyDelete
  8. nampak sedap nanti bley terai nie

    ReplyDelete
  9. Ada buat baru-baru ni..memang sedap sangat...nak tunggu buat kali ke 2 tak brp nak rajin hi hi...

    ReplyDelete
  10. Raya hr tu buat gak......licin!!!!!

    ReplyDelete
  11. Raya hr tu buat gak......licin!!!!!

    ReplyDelete
  12. cheese dgn coklat adalah satu gabungan yg mannntoppp!!!

    che mat, bak mai sepotong :)

    ReplyDelete
  13. peehhhh.
    cmg dh buat!!!!

    nak buat gak..

    tapi kn sedia bahan dulu, kemudian br fikir siapa boleh mkn ini kek.. hehereeee

    ReplyDelete
  14. Ayuh kita membina badan dengan jayanya!!! Yeehaaa....

    ReplyDelete
  15. perghhhhh..mmg mengancam jiwa & nyawa ni mat..ekeke!!

    ReplyDelete
  16. wahh cm nie nampak lg best.. kek kukus coklat dah biasa buat.. kali nie nak letak cheese plak laa..

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap.. Nak cuba buat lps ni..

    ReplyDelete
  18. Salam CMG...saya suka sgt tgk gambar kek nie..cantikkk sgt.

    ReplyDelete
  19. Kalaula sy pun pandai buat kek gini.hehe..mmg cantek n nmpk moist jek kek.
    Silala visit blog terbaru saya www.madeenayahya.blogspot.com ye

    ReplyDelete
  20. salam mat..akak ada kemusykilan sikit ..akak dah cuba membuat kek ni..tapi tak menjadi macam dalam photo tu..kek yg akak buat tidak naik..sedangkan akak mengikut step by step..dimana silapnya ya..untuk pengetahuan mat..akak panaskan kukus selama 20 minit sebelum buat kek..dan selepas diadun akak terus kukus adunan tadi..adakah disebabkan tidak merehatkan dahulu adunan tu menyebabkan dia bentat..ce komen sikit dik. akak punya email faridahidrus@gmail.com
    dan terima kasih kerana blog ini..akak telah belajar memasak dan kesemuanya menjadi except kek ni..

    ReplyDelete
  21. dh try buat.. mmg sdap.. tq for the recipe.. (^.^)v

    ReplyDelete
  22. Assalam..saya dah try buat kek ni hari...mnjadi dan sedap sgt...mtk halal ya..t.kasih

    ReplyDelete
  23. Salam..sya nak tya lau guna tlur gred B nak guna bpa biji eh?

    ReplyDelete
  24. Salam..sya nak tya lau guna tlur gred B nak guna bpa biji eh?

    ReplyDelete
  25. adoi..berkenannya tngk..nnt nk try..hihi.. http://akudanshaklee.blogspot.com/

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.