BEN ASHAARI

Sunday, October 7, 2012

LAKSA ASAM, MAKAN TAK JEMU...

rsz_dsc_1167

Assalammualaikum, salam hujung minggu. Hari ni makan laksa asam pulak, tekak nak makan satu menu yang ringan, ringkas dan yang tidak mendatangkan perasaan bersalah. Yelah kalau makan masak lemak, walaupun sedap, tapi ada rasa sedikit berdosa...err..kolestrol..yea tak. Kalau laksa asam macam ni tidak lah berat mana, boleh dikategorikan sebagai makanan sehat. Kuah laksa hanya direbus macam kuah singgang, lepas tu dimakan bersama ulam2 mentah yang begitu segar. Ibarat mencuci tekak, rasa masam2 yang sungguh mendatangkan selera. Tapi pada mat, kuah laksa asam yang sedap perlu bahan2 yang segar dan belacan juga memainkan peranan. Kalau sedap belacan yang anda guna, insya Allah maka sedaplah laksa asam anda. Ulam2man wajib ada sebagai bahan sampingan. 

rsz_dsc_1173

Ada juga yang tanya, laksa asam ni beza ke dengan asam laksa penang?. Pada mat memang ada perbezaannya terutama dari segi bahan2. Laksa penang, ada tambahan nenas dan petis sebagai bahan sampingan bila dihidangkan. Untuk kuah juga ada perbezaannya, anda boleh lihat di sini. Apa2 pun, ia tetap unik dan kedua2 jenis laksa ini antara makanan yang menjadi sebutan ramai dibahagian utara Malaysia. Resipi mat tulis juga lah walaupun banyak kali buat dan letak di DTS. Dan seperti mat selalu kata, blog DTS bukan blog untuk anda mencari resipi2 yang terhidang di hotel2 mewah, tapi kalau anda nak mencari resipi2 orang kebanyakkan masak untuk keluarga mereka...sini lah tempatnya..


BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM :-)
4 ekor ikan kembong
1 1/2 biji bawang besar
2 inci belacan
5 - 6 keping asam gelugor (kalau takmo masam kasi kurang)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
Cili kisar secukupnya (dalam 3 - 4 camca besar)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan  celur hingga lembut)
Telur rebus secukupnya, dibelah dua
Hirisan daun salad
Hirisan bawang besar
Hirisan timun, hiris bentuk jejari, halus
Hirisan cili merah dan hijau
Hirisan halus daun kesom
Hirisan halus bunga kantan
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak, keluarkan ikan, asingkan air rebusannya. Ikan tadi diasingkan isi dan tulangnya. Tumbuk kasar isi ikan. Tulang2 ikan dikisar halus dan tapis. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar dan belacan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, cili kisar, asam gelugor dan stok air tulang ikan yang ditapis tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan isi ikan, bunga kantan dan daun kesom. Kacau lagi.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana selama 20 - 25 minit, biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA ASAM :- Letak mi laksa secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah bersama atas mi laksa tadi. Tabur hirisan timun, salad, cili merah/hijau, daun kesom, bunga kantan, bawang besar dan juga limau kasturi. Letak 1/2 biji telur rebus dan hidangkan.....aduhh melelehh!

3 comments:

Sunah Sakura said...

sedapnya pcm...lenkali buat yang ni pulak bila saya datang k...nak mamam yang niiii..hukhuk

Encik Zaharin said...

kecur airliur jadinya..aku memang hantu laksa

aDisH.sHidA said...

boleh la lepas nie merasa laksa utara orang johor buat...eh eh kalau utk sunah xleh letak hirisan bawang tau hehee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.