BEN ASHAARI

Tuesday, October 2, 2012

KURMA DAGING MASAKAN TRADISI..

rsz_dsc_0653
Kurma daging pulak. Atas permintaan Bak, mat masakkan kurma daging. Untuk kali ni mat guna daging yang sedikit berlemak...erkk...kolestrol tuuu...hadoi. dan mat masak dalam pressure cooker. Tapi kalau anda nak mudah, guna daging batang pinang, masak macam biasa saja sebab daging batang pinang cepat empok. Kali ni mat test guna resipi pada belakang paket rempah kurma baba's dan mat gabungkan dengan bahan2 yang mat selalu guna. Kira ala2 derhaka lah kan. Ehh, apa nak segan, sebagai blogger masak2, memang perlu kita tulis sumber resipi asal dari mana, walaupun kita olah lepas itu. Kena faham, blogger masakan macam mat gebu tu, dia bukan bertauliah, jadi sebelum jadi apa2 isu, kena lah peka dan alert. Kurma kali ni tidak pedas dan hanya guna serbuk lada hitam sebagai rasa pedas. Sedap dimakan bersama nasi putih, atau nasi minyak, beriani dan sebagainya. Mat sertakan resipi, tapi jangan risau, nampak saja banyak, namun ia mudah disediakan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang, hiris tebal2, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 biji tomato, dicincang
4 camca besar penuh rempah kurma Baba's
500 ml santan
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
1 camca besar lada hitam biji, kisar halus
2 camca besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar, hiris
3 biji buah keras
1 inci halia
5 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang besar, hiris halus
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak (anggaran 1 camca besar) dan masukkan minyak sapi, biar sampai cair, Masuk bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan tomato dan rempah kurma, kacau rata dan masak lagi hingga rempah garing. Masuk daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging 1/2 empuk. Tuang santan, masuk lada hitam dan kentang. Kacau rata.
  3. Terus memasak hingga kentang dan daging empuk. Tambah cili merah/hujau. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sebagainya..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna daging biasa dan anda punya periuk tekanan atau presure cooker, anda boleh masak menggunakannya. Masak seperti biasa dalam periuk tekanan (seperti cara membuatnya di atas), tapi jangan masukkan kentang, cili hijau/merah dan santan dulu. Masak hingga daging empuk, kurang lebih 20 minit, kemudian alih kurma dalam periuk lain, baru masukkan kentang, santan dan cili. Masak hingga kentang empuk. Apa2 pun nasihat mat, kalau anda guna periuk tekanan, pastikan anda baca dulu cara menggunakannya....Ok... (*____^)

6 comments:

Pak Oncu said...

Terbaekkkkkkkkkkkk lu memamng hebat mat ,,,,,

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnye...

Afasz said...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Mas said...

sukaaa sangatttt...
boleh bertambah nasi tu.he3

Syaifuddin Alias said...

bertambah selera jika makan masakan ini :D

Hana L said...

thank you dear ben >_<

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.