BEN ASHAARI

Monday, October 8, 2012

KUIH BINGKA KELAPA PANDAN...

rsz_dsc_1203
Salam....entri kali ni mat share satu resipi yang mudah, sedap dan pasti tak cerewet membuatnya. Ia agak unik. Mat dapat dari blog Kak Rose di sini. Sebab bahan2 dia tak banyak dan kebetulan semuanya ada dirumah, mat dengan rajinnya mencuba. Kenapa nama dia kuih bingka kelapa pandan?.. Sebabnya ia bukan macam kuih bingka biasa yang kita guna hanya santan, tapi yang ini parutan kelapa itu sendiri dimasukkan sekali, kalau dapat guna kelapa berkulit basah atau kelapa yang buat inti. Dan tepung pulut digunakan tak seperti biasa kita guna tepung gandum atau tepung beras. Pada mat ia ada sedikitttttt persamaan dengan kuih dangai. Rasa pandan tu terpulang pada anda, kalau nak buat kosong tanpa perisa pun boleh, tapi kalau rasa pandan ia nampak lebih klasik dan authentic kuih2 orang melayu (..errr orang2 peranakan pun suka guna pandan....).

rsz_1dsc_1218

Resipi ini akan menghasilkan 2 keping kuih bingka bersaiz sederhana jika anda menggunakan acuan kuih bingka yang bentuk bunga pecah enam. Mat guna dua jenis acuan, satu acuan kuih bingka tembaga pecah enam dan satu jenis lagi acuan antik pusaka keluarga kami berbentuk buah manggis yang besar, kurang lebih berisipadu 1 1/4 cawan. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan dulu dalam oven sebelum anda masukkan adunan. Mat lenser acuan tadi dengan mentega lepas tu panaskan. Adunan nampak sedikit pekat, tapi tak perlu risau, bila dah masak, ia lembut dan kenyal2 sikit. Kalau dapat kulit luar dia biar perang, yang tu lagi sedap dan bau dia pun wangi....anda tergoda dan ingin mencuba?...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram parutan putih kelapa
80 gram gula halus
150 gram tepung pulut
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
4 camca besar air
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pandan paste
Sedikit mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser acuan dengan mentega, kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven, biar acuan panas. 
  2. Sementara itu, dalam satu bekas,masukkan kelapa parut, tepung pulut, gula halus dan gaul rata2. Masukkan telur, garam dan pandan paste. Kacau rata dan tuang air, gaul hingga semua sebati dan mesra. Bancuhan akan menjadi seakan2 adunan jemput2. Ketepikan sebentar.
  3. Keluarkan acuan dari oven (berhati2, gunakan sarung tangan khas atau kain). Tuang no. 2 tadi dalam ke dua2 acuan, sama banyak, Ratakan dan masukkan kembali dalam oven. Bakar 30 minit hingga masak. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk. Boleh potong dan hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, 5 minit sebelum habis membakar, mat tukar fungsi oven pada "GRILL" dan bakar hingga permukaan kuih perang. Selamat mencuba untuk semua...

8 comments:

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Che Mat ....

tumpang minum petang kat sini ehhh..
sedappp nyer!

Citarasa Rinduan said...

oh.. mmg kelainan..
guna kelapa parut dan tepung pulut..

pasti lain rasanya..
Ayu kn tggu cari bahan dan pilih hari u bt.
Ayu minta izin ya cmg..

ma kasehh

Hanim said...

Mmmm nampak sedap n senang nak buat ek, nak try la nanti. Cam dangai plak sbb guna tung pulut, cantik bingka CM...

Najwa Najihah said...

baru je buat bingka pandan. ni nampak best! inovasi. ^^

gadisBunga™ said...

tengok gambo pun dah terbau wangi pandan nyer....mmmmmm..... :D

Kak Rose said...

Mat, cantiknya kejadian bingka tu... dan rasanya mmg sangat umphhh kan. tu yg kak rose buat berkali2 pun x jemu.

Qasey Honey said...

slm CMG...bkenan sgt tgk kuih bingka ni...dri kt FB lg..Qh nk amik yer resepi ni...tq

adda syuhada said...

nampak pun mcm sedap jer..