BEN ASHAARI

Monday, October 1, 2012

KUE TEOW GORENG MERIAH...JANJI SEDAP!

rsz_dsc_0549
Petang semua, hmmm...nampak apa menu mat masak tu?.. Mesti dah terlalu biasa sangat bagi anda yang kerap singgah DTS. Sebenarnya ini sarapan pagi tadi. Cuma tak sempat nak masukkan ke DTS pagi tadi. Jadi mat letak petang. Cuma nak menghabiskan stok kue teow yang berbaki dalam 500 gram. Lepas tu seperti biasa, mat gebu kalau masak, dia suka meriah. Jadi apa yang ada, semua ku masukkan sekali, hambek.. tak cukup lagi ku tambah cili padi hijau pulak, kasi pedas kaw-kaw punya, sekali makan segala jenis jantina peluh keluar, bukan peluh jantan jeee. Sedap juga lah aku masak, hehe, sendiri masak, sendirilah kena lah puji, betul tak? Kali ni mat kehabisan sambal tumis yang biasa mat buat lebih untuk goreng mi, jadi mat guna cili kisar sahaja dan mat tambah juga kiub ayam sebagai rencah. Ada udang, ku campak, ada kerang, ku campak juga. Tak kesah kan kita buat dia. Hanya berkongsi idea kalau anda nak cuba silakan dan boleh ikut gaya anda sendiri...Kita lihat resipi pulak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 pokok sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
2 biji telur, pukul sedikit
10 - 15 ekor udang bersaiz sederhana, kupas kulit dan cuci bersih
1/3 cawan isi kerang (atau lebih, ikut budget anda)
2 camca besar cili kisar
1 kiub ayam
2 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Cili padi sebagai ulam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan kiub ayam (hancurkan), tumis hingga cili garing, tolak ke tepi kuali, dan masukkan telur, masak sekejap, kemudian hancurkan.
  2. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata. Tambah udang, kerang dan tauhu. Gaul rata dan masukkan batang sawi. Jika perlu tambah sedikit air. Masak sekejap dan masukkan kue teow, gaul dan tambah daun sawi, kacau.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa (rasa dulu baru tambah yea, kang termasin, pengsan pulak). Kacau dan akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata dan matikan api. Hidangkan bersama cili padi atau cili jeruk...Makan panas2...


8 comments:

susumanis said...

apapun sedap CMG masakkk :)

Norhafizah (Lina) said...

tengok rupa dah tahu sedap

Sari Yusa Ibrahim said...

Cik Mat, yang campak-campak tulah sedap!!

JaSSNaNi said...

huhhh.. nak masak malas.. tengok gambar pun jadi ler.. uwaaaaaaa

justablogofmine said...

kalau nak dpt mood masak..masuk je blog ni..terus excited nak masak :)

adda syuhada said...

Sedapnya CikMat...kalau dekat nih dh mintk dh sepinggan dua nih..

Syaifuddin Alias said...

menyelerakan ni Cik Mat !! Aduhhh !!..terliur rasanya

mommynana said...

Lama xmasak keteow grg. Lapor pulak tgoknye..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.