BEN ASHAARI

Thursday, October 18, 2012

IBARAT CAWAN KOSONG...

(THE PERANAKAN HERITAGE)

Takde entri masak2 malam ni, yang siang tadi tu jelah yang mat mampu muatkan dalam blog DTS. Ada masa kan, otak ni macam takde idea nak masak...betul ni, tak cakap bohong punya, ingat blogger masak2, asyik mencurah saja ke idea (err...tu mat lah ), kalau ada pun tu lah resipi ulang tayang. Kadang2 mat sendiri pun boring dah nak letak kat entri asyik menu yang sama, walaupun ada yang kata, takpe CM, kami tak kesah...huhu..terima kasih pada semua.  

Ada masa bila mat tulis entri masak2 dan dengan intro yang tunggang langgang, yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, ia seakan2 tah hapa2, yelah orang takde bakat menulis, macam tu lah kan. Tapi alhamdulillah ada juga pengunjung yang dapat manfaat dari tulisan merapu meraban ku itu. Pada mat mesej yang kita sampaikan dalam entri tak perlulah macam dalam surat khabar sangat. Kena lebih releks dan tidak terlalu protokol gilerrrr...nanti yang baca pun rasa aneh. Satu lagi kalau gaya kita dah macam tu dari dulu walaupun ada sedikit perubahan dari masa ke semasa, tapi identiti perlulah dikekalkan walaupun ia kelihatan lebih baik dari dahulu..

Ibarat cawan kosong....walaupun kosong tapi ia tetap diperlukan. Walaupun kosong, sampai waktu akan tetap diisi sesuatu. Kosong bukan tiada gunanya, kosong bukan tiada ertinya. Kosong bukan tiada nilainya, tapi sebenarnya kosong itu penuh dengan rahsia Allah swt....mudah2an ku diberi keupayaan berfikir dengan lebih baik esok hari.... Assalammualaikum....

13 comments:

SuteraTerengganu Silk said...

cawan ni sangat cantik la..macam best je minum teh dlm cawan ni...kan?

akmall said...

Apa kata Encik Mat amik inisiatif untuk buat perkara yang orang lain tak pernah terfikir nak buat macam amik makanan dalam tin dan buat dishes yang best2.. contoh, Cuttlefish dalam tin masak sambal. Itu mungkin akan memberikan manfaat yang lebih kepada pembaca, mungkin kepada yang takde masa nak masak fancy or kena banyak barang bagai. Kan? Sekadar cadangan. saya teringin nak buat jugak tapi malangnya kat rumah saya takde line broadband or takde line telekom, dan Wireless village pun masih takde linenya. Hehe.. good luck cik mat dalam mencari idea2 masakan. :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

TSCMG... yang kosong tu ler bila di perah dan kadang kala perlu di kerah.. hasilnya meleTOPZZZZ... kan kan...;)

psttt dari cawan tu terkonteng2 giteeww gaya.. meh sini.. cantik benor tu weh.. ;)

Shasha Mohamed said...

Ya, gaya penulisan yang tersendiri. Setiap orang ada gaya yang unik.
Cik Mat teruskan penulisan, walaupun tak masak tapi perkongsian yang diberikan tu berguna juga.
Cik Mat you are a super blogger!

fathinaina said...

insyaAllah bermanfaat...banyak yang dapat dipelajari :)

umi syafiqah said...

cantik cawan tu cik mat,pinjam boleh??hehe

eyeyou said...

...entri ne pon ok..hehhehe

aNa d'sKoDenG said...

tadak gambo makanan pon..nak jenguk gak~!!! biar hanya cawan kosong

Kak Nik Ja said...

cawan yang kosong itulah yg masih byk ruang utk diisi dgn benda2 yg baik...cawan kosong lebih baik dr cawan pecah......itu cawan ka??? ingatkan mangkuk tad!!hihi

Hafizin Jamil said...

tertarik ayat tu abam mat.. gelas kalau kosong pun..tetap diperlukan suatu hari nanti..hehe

hameeda said...

buat eskrim ler.. kite x tau nak buat.. malas nak cari kat port laen..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.