BEN ASHAARI

Wednesday, October 3, 2012

HATI LEMBU MASAK LEMPAP..

rsz_dsc_0825
Selamat petang. Hari ni lewat sikit bersiaran. Tapi pagi tadi mat siap dah masak, cuma kekangan waktu yang menyebabkan mat tak sempat nak masukkan entri awal. Petang ni nak share dengan satu menu pilihan Bak. Mat masakkan atas permintaan beliau. Hati lembu selain dimasak kicap atau rendang, ia juga sedap dimasak lempap. Masak lempap ni sama macam masak ungkep. Kalau di Negeri Sembilan, mereka suka masak rendang campur, hati, limpa,  paru dan daging dimasak rendah sekali gus. Kalau masak hati lembu, ia perlu lebih sedikit halia memandangkan baunya yang agak kuat. Mat masak dalam 1 kati, atau 600 gram. Guna hati lembu yang segar dan cuci bersih, mat gaul dengan tepung dan biar sekejap, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Satu lagi lempap ni anda harus perap dulu, sekurang2nya 1 jam, kalau nak sedap perap semalaman. Mat guna lada hitam kalau anda nak guna cili hijau atau cili padi pun boleh juga, kisar sekali dengan bahan2 rencah. Bagi anda yang tak makan hati lembu, boleh guna daging lembu, gunakan daging batang pinang untuk lebih cepat masak. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu dihiris nipis dan lebar2. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering. Ketepikan.
  2. Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum. Masukkan no. 2, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
  4. Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...


10 comments:

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Che Mat....

Sepantas kilat Nina sampai sini. Mana lah tahu dapat merasa sesudu dua..
hehehe ....
Suka sangat menu nie....!!

Eny Yusnizar said...

Datang sambil bawa pinggan :p

Novelgurl said...

perghh! sedapnya.kalo msk daging lembu la.hehe.hati die x prnh mkn pun.rasa ap?huk.

Kalamhati said...

huuhuuu as usual, masuk umah pcm je perut ni berkeriuk..hihihi

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Tan Sri ni mak lampir datang bawak sepinggan besor nak mengecek hati lembu masak lempap tu perghhhhh sedap sekali tu dongz! kirim salam bak dan bonda ehhh.. ;)

Syaifuddin Alias said...

nampak nama , masih tertanya apakah lempap ..

wan G Silk said...

lempap tu nama masakan ke? maaaf bertanya sebab kat tempat saya tak pernah dengar nama lempap ni..

hainom OKje said...

hati ayam pun sedap jugak agaknya kan mat!!

ibundo said...

salam mat. Sedap. Bundo buat daging je sebab tak makan hati lembu.

Sis Lin said...

Salam kekanda...
Kdg2 ek hari2 masak pun sampai xde idea nak masak, nsb baik ada blog ko, leh jgk try respi baru..huhuhu

Nampak sedap dn mesti sedap ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.