GULAI CILI PADI PISANG MUDA..

rsz_dsc_1042
Salam Sabtu, anda sehat?.. Santap apa tengah hari tadi. Ni hari mat masak gulai cili padi pisang muda. Dan mat campur dengan tulang ikan kurau. Bonda gemar makan menu ni, Bak pun sama juga. Kali ni mat guna pisang emas yang masih muda. dan pisang tu bonda yang siang kan, Jadi mat kasi siap dia nya rencah dan bahan2 lain. Satu keistimewaan gulai pisang macam ni, kalau anda masak lebih, dan disimpan semalaman, rasa jadi lebih sedap dan berperisa. Seperti biasa, kalau masak menu macam ni, mat akan guna tulang ikan kurau masin, tapi anda pastikan tulang tadi masih elok dan ada sisa2 daging. Rendam dulu untuk seketika sebelum digunakan. Pisang muda tadi anda tak perlu celur dahulu. Gulai macam ni agak klasik dan nostalgia terutama mereka2 yang di kampung. Ia juga sering dimasak semasa majlis2 kenduri kendara, terutama untuk dijamu pada mereka yang bergotong-royong membantu majlis.. Dan resipi dibawah mat masak dalam kuantiti agak banyak, jika anda nak buat, bijaksanakan diri anda untuk menjadikannya dalam kuantiti yang anda perlukan....ok.. (*___^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang emas yang muda (atau yang masih mengkal)
6 - 7 ketul keratan tulang ikan kurau yang masih berdaging
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit disiat
1000 ml santan cair
500 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi siam hijau
1 biji cili merah
1 inci kunyti hidup
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dicuci, kemudian buang sedikit kulitnya (kalau suka, kulit pun boleh guna), hiris serong dan rendam. Buat hingga siap. Tulang ikan masin kurau dicuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Toskan hirisan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, serai titik dan santan cair, kacau rata dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin, dan masak hingga pisang empuk.
  3. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit, kacau perlahan dan biar mendidih, gunakan api sederhana. Tuang santan pekat dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

3 Comments

  1. terbaikkkkk........
    lama tak makan..he3

    ReplyDelete
  2. pisang mudaaaa!!! mana nak carik nihhh... dah menggelupur nak try resipi mat gebu nih. wajib cari jugak pisang muda. ;P

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  3. dan dan teringat ibunda kat kampung.. huhuhu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.