BEN ASHAARI

Tuesday, October 9, 2012

DAGING GORENG DAUN SELASIH...

rsz_dsc_1332
Assalammualaikum, salam semua. Macam nak cuti masak je ni hari, tapi termasak juga. Sebenarnya semalam mat ada masak asam pedas, tapi sebab dah ada lauk lain, yang asam pedas tu cuma bercuit sikit saja, Jadi ia dijadikan santapan untuk ni hari pulak. Kalau asam pedas atau gulai, dibiar sehari lagi sedap dan rasanya lebih mesra, dengan syarat anda panaskan dulu. Kalau gulai2 yang guna santan, lepas panaskan, jangan tutup rapat tudung periuk, kasi renggang sedikit, ini mengelakkan wap berkumpul dan akan menyebabkan gulai bersantan anda basi. Menu yang mat masak ni untuk menghabiskan stok trafficlight capsicum, dan ada baki daging batang pinang, jadi mat masak campak2 saja, kira ala2 Thai pun yea juga sebab mat guna pes tomyam. Resipi serius, senang sangat...tak caya jomm tengok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram daging batang pinang (atau boleh ganti dengan daging ayam)
1/2 bahagian trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning) dipotong kiub
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 inci halia muda, hiris halus (kalau takde guna halia biasa)
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca teh pes tomyam
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit sos ikan jika perlu
Sedikit gula
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hiris daging nipis2, cuci dan toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan pes tomyam dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tambah daging, gaul rata dan tuang sedikit air. Masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan trafficlight capsicum tadi, kacau. Tambah sedikit gula, rasa dan jika kurang masin anda boleh renjiskan sedikit sos ikan. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan daun selasih, gaul rata2 dan masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas.


4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

yang campak2, yang senang2 tu sedap.. daun selasih tu fresh, mesti petik jer kat tepi tingkap..

Fara said...

yang campak-campak mcm ni mmg sesuai dgn sy yg tak de byk masa utk masak. akan cuba weekend insyallah ;)

Juhaida Ab.Rahman said...

mesti cuba ni..

Chah said...

Apa2 dr cmg ai mmg setia menadah pinggan! ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.