ASAM REBUS NENAS...MENCUCI TEKAK..

rsz_asam_rebus_nenas
Asam rebus nenas....hmmm serius membuka selera, dengan rasa nenas yang masam2 manis, pedas yang tak berapa sangat, harum bau daun kunyit dan amat2 sesuai untuk tekak yang kurang selera. Asam rebus nenas ni semacam cleansing agent untuk tekak yang kerap disumbat dengan masakan berempah, bersantan dan berminyak. Resipi dalam kategori sihat ni cukup sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Tak perlu minyak dan hanya direbus sahaja. Tapi pada mat, asam rebus nenas yang sedap, perlu nenas yang ada rasa manis, bukan nenas yang masam. Dalam resipi ini mat guna ikan tongkok, tapi kalau nak sedap lagi guna tulang ikan kurau, cuma perlu direndam dulu sebelum digunakan. Kalau anda suka nak letak serai yang dititik atau bunga kantan, waima daun kesom juga boleh. Dah bersedia untuk merasa keseksian asam rebus nenas?.... JOmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas madu (atau nenas Sarawak), kupas dan hiris kasar
1/2 inci halia, dititik (optional)
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam gelugor dan halia titik (jika guna). Masak hingga mendidih dan tambah nenas, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Maukkan ikan tongkol, kiub ikan bilis dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga nenas lembut dan ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedap ni cik mat Firman. Makan dengan nasi panas-panas mesti tak sedar bertambah-tambah nasi kita telan. Kannnnn ..

    ReplyDelete
  2. @ kak Chik Irisa - kann....adehh siap dengan "Firman" lagi..haha

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeee... dapat kat saya ni... habis nenas & kuahnya saya kerjakan....

    ReplyDelete
  4. mengancamnyaaaa...mesti tambah nasi 2-3 kali ni....;-)

    ReplyDelete
  5. awwww!! memang seksilah Cik Mat.. ditambah lak ngan hirisan daunan tu...

    ReplyDelete
  6. awwww!! memang seksilah Cik Mat.. ditambah lak ngan hirisan daunan tu...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.