BEN ASHAARI

Sunday, September 9, 2012

SINGGANG SERANI YANG MASAM PEDAS...

rsz_dsc_8061
Assalammualaikum salam Ahad, dah lewat baru sempat nak update. Tadi ada tetamu bertandang, teman lama Bak. Hari ni mat masak satu menu yang amat2 simple dan boleh dikatakan amat sesuai untuk membilas tekak setelah disumbat dengan makanan berempah dan bersantan. Singgang ikan serani adalah pilihan mat, rasa masam, pedas, berangin, harum dan beraroma. Mat guna ikan tongkol jenis putih, tapi anda boleh guna apa saja ikan pilihan anda asalkan berdaging, ikan kembong atau tenggiri juga sedap, cuma pada kebiasaannya, setiap jenis ikan akan memberi sedikit rasa berbeza pada kuah singgang . Satu rahsia paling utama untuk mendapat rasa singgang yang sedap, selain keseimbangan rasa, kesegaran ikan juga perlu. Mat letak terung sebagai bahan pelengkap, ini terpulang pada anda. Satu lagi, bunga kantan kalau tak letak pun takpe, tapi kalau letak lagi sedap. Kalau serai dikirakan bahan wajib untuk singgang serani. Ok tu saja....resipi seperti dibawah.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol jenis putih (atau ikan pilihan anda)
1 biji terung biru
10 biji tomato ceri (optional)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah dua
2 - 3 keping asam gelugor (kalau tak suka masam, letak 1)
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
6 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
3/4 inci halia, hiris
1/2 inci lengkuas, hiris
1 inci kunyit hidup, hiris
10 - 15 biji cili padi merah (boleh kurangkan)
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada beberapa bahagian atau ikut suka anda, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 4 dan kerat 2 setiap belahan, rendam.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk hancur hingga harum guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter atau secukupnya). Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kiub ikan bilis, bunga kantan dan ikan tongkol. Kacau perlahan dan bila mendidih, tambah terung (toskan) dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.......malas nak cerita dah....

8 comments:

Muaz Faris said...

best menu ni, nak test cuba jugak la..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam MG..airtgn mat mmg sedap..masak la apa2pon...semuanya nampak menyelerakn :D

Scarlett O'Hara said...

Selalu buat singgang serani tak letak serai.Mat letak serai makin sedaplah!

Leah said...

Salam MG salam berkenalan.Singgang serani ni memang sedap apa tah lagi waktu cuaca panas makan bersama sambal belacan dan ulam ulam,mak mertua lalu pun tak nampak hehehe..

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Siti Rahmah Ibrahim said...

bestnye blog nih...bolehla tumpang sekaki cedok resipi2 di sini, kdg2 xtau nak masak ape dah..buntu btul..

tq ye..i like blog ni..nak follow la..

rafiqa ilyaswarind said...

Kalau letak bendi ok tak

eray said...

salam MG, semua resepi sgt menggiurkan...trus rase bersemangat nak masak

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.