BEN ASHAARI

Monday, September 10, 2012

KENAPA DENGAN JUMAAT LEPAS?.."MY CHEF" TU APA?

P1310316P1310317
Salam Isnin, sebelum mat letak entri masak2, nak share sikit apa yang berlaku Jumaat 7hb yg lepas. Secara jujur dan ikhlas, nak cerita pun tak pandai. Tapi kalau anda lihat gambar, pasti dah tau kan. Ok, kita mulakan secara ringkas saja lah. Sebelum tu, terhutang budi mat dengan Kak Ida 1001 Resipi, dia call mat masa bulan Ramadhan lepas, pasal satu projek ni. Seperti biasa lah, orang nama mat gebu ni, bukan saja old fashion, ortodox dan konservetif tapi degil juga...kan Kak Ida...hehe. Lepas beberapa ketika di tiffinbiru dot com, En Fairuz inbox mat....dan kemudian bersambung pula ke email... hingga mat mencapai kata persetujuan, tu pun lewat balas email sebab, mat sendiri dah mula sibuk untuk persiapan Syawal dan perancangan merai tetamu... (minta maaf En Fairuz).

P1310319P1310318
Bila persetujuan dibuat dan tarikh 7hb September 2012 telah ditetapkan oleh En Fairuz, mat pun rasa ok tarikh tu, dan En Azam, orang My Chef terlebih dahulu datang ke pondok mat gebu di Sedenak, seminggu lebih awal, untuk berbincang beberapa pekara..dan alhamdulillah semua berjalan lancar, sori lah En Azam, masa tu, saya jamu dengan cekodok dan biskut raya saja. Dan dipendekkan cerita lagi, 7 hb tu, Jumaat, berlangsunglah sesi seperti anda nampak dalam gambar di atas, semua berjalan dengan lancar...syukur Alhamdulillah.....Tapi masih ada juga yang tertanya2....Apa benda "My Chef" tu Che Mat?....Kalau nak tau....

.....anda boleh klik sini... Secara amnya, produk My Chef ialah satu produk makanan sedia dihidang namun berkhasiat dan paling penting seimbang, anda hanya perlu panaskan dalam ketuhar gelombang mikro mengikut masa yang ditetapkan untuk setiap hidangan. Yang bestnya, produk My Chef menyediakan hidangan "signature dish" dari Chef2 Selebriti seperti Chef Florenca, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Liza dan yang akan datang Chef Ezani Masterchef turut serta, mengancam kan?.. Anda boleh singgah ke blog My Chef di sini dan juga Page My Chef  di sini (jangan lupa LIKE).. Dalam kesempatan ini ribuan kasih kasih DTS-MAT GEBU ucapkan pada pihak My Chef, En Fairuz, En Azam dan tak lupa Kak Ida 1001 Resipi.. Untuk semua, terokailah masakan Chef ternama di dapur rumah anda dan nikmatilah dengan rasa penuh kasih sayang.....sampai jumpa.....salam...

19 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaa....bangga dengan Mat...rezeki melimpah ruah tu..Lepas ni kat kotak kena letak jari2 Mat Gebu, sbb tuannya xnak enterprem...jari pun jadilah kan... Mat, tahniaaahh...akak tumpang bangga dengan kredibiliti seorang blogger masakan bernama Mat Gebu.. ^__^

mimie kesuma said...

ikuttt waaaaaaaaa macam kak ummi jugak lah.....
ikut bangga...ikut happy untuk che matttt.....
tetap semangat che mat....^_^

gadisBunga™ said...

kite tumpang berbangga tau cik mat! :D

Ummiakid @ lily said...

Tahniah CM....bangga dan semakin popular...muga cm terus sukses...

Kakzakie said...

Tahniah dari kakak:)
Bukan mudah nak menembusi dan menerima ini semua kan..

nOOrsha said...

Salam..tahniah che mat..walaupun kat n3 che mat x nyatakan directly yg nama che mat akn dimasukkn sekali dlm senarai chef hebat tu, tp dah blh agakk... Pencapaian yg membanggakan n sg manis sekali..tumpang hepi :-)...x sabar nk tggu sig dish che mat di pasaran .. Mesti nak cuba! Eh..nnti dlm iklan mychef pun checmat akn enterframe la ye...finally dpt tgk jg muka cmg :-)

AZLITA AZIZ said...

Salam Mat,

Sekali lagi ucapan tahniah daripada akak.
Bangga dengan usaha Mat yang tak pernah mengenal jemu dan putus asa..

Mat idola akak untuk terus tabah mengharungi dunia blog yang semakin hari semakin mencabar..

Semoga Mat terus maju dan bakat Mat terus di berikan perhatian..

Nur a.k.a admansyah said...

tumpang lalu... & tahniah utk abg mat gebu! alhamdulillah... rezeki abg mat sbb x pernah lokek berkongsi resepi dgn kami readers & silent reader (mcm I).

All d best yea Abg Mat Gebu!

Cmacomey said...

Tahniah CMG. Tak sabar2 nak rasa...

Cik Eka said...

tahniah pakcikmat..

semua usaha pakcikmat..walaupun ada yang dengki dan busuk hati curi hasil gambar pakcikmat,sekarang ni pakcikmat dapat lebih baik...


tahniah :)

Rozuan Ismail said...

tahnian cik mat gebu!!

akuanakpahang said...

Salam, hebat anda CMG tahniah drp kami. http://akuanakpahang.blogspot.com/

kkida @ 1001resepi said...

salam mat,
kkida tumpang happy...cuma yg kurang happynye...ngapalah senyap aje...tak cita dgn kita pun...huhu...:]

SITI ZUBAIDAH YUSOH said...

Whaaa... tahniah mat. Itulah berkat share resepi2,banyak pahala dan melimpah rezekinya. Alhamdulillah.

FnF Simple Life said...

congratulations... setiap pekerjaan yg dilakukan dgn ikhlas pasti dpt ganjaran... u deserved it... all d best!

~::Chenta::~ said...

wahhh bertambah masyukkkk lah CMG!!

Marsita yahya said...

Tahniah...

MyChef said...

Terima kasih Che Mat. Dapat kami merasa masakan air tangan Che Mat. Alhamdullillah.

Sis Lin said...

Tahniah Che Mat..! Bravo, melangkah maju lagi ke depan..Mudah2an berjaya ke pringkat antarabangsa plak..

*My Chef, xnak ke interview aku ke ek? Tapi aku blogger masak, aku blogger makan pantang di ajak..kekekekeke

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.