BEN ASHAARI

Friday, September 14, 2012

KARI AYAM GAYA "MALAYALAM"....

rsz_dsc_8424
Kari ayam pulak hari ni, last masak kari, masa raya tu hari. Tapi hari ni try mask kari ayam style Malayalam..erkk apa tu. Malayalam ialah satu suku bangsa yang berasal dari Kerala selatan India, selebihnya anda boleh google. Resipi asal mat ambik dari blog Kak Ayu Singapore di sini, tapi kak ayu guna ikan, mat pulak guna ayam...hehe, bolehkan, ikut apa yang ada kat rumah. Kalau perhatikan, ia macam kari biasa saja, malah lebih ringkas dari kari2 yang biasa orang kita masak. Rasanya lebih ringan dan tidak lah "hangat" sangat. Selain makan dengan nasi, dicicah roti jala atau lempeng pun sedap, roti canai pun kena juga. Sebab mat guna ayam, jadi mat gandingkan dengan kentang dan tomato. Kalau guna ikan, anda boleh letak bendi atau terung. Ok kita lihat resipi dan terima kasih kak ayu dan juga pemberi resipi asal...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap satu, rendam
1 biji tomato, belah 6
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh jintan kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia, hiris halus
2 biji bawang merah, hiris halus (mat guna 4 biji)
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 tangkai daun kari, dilurut
3 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna Baba's)
3 camca besar cili kisar (mat letak 2 camca)
1/2 cawan pati santan
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rempah kari dengan cili kisar, jika perlu tambah sedikit air, kacau hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih halia, jintan kasar, halba, bunga lawang, kayu manis dan daun kari hingga harum. Masukkan pes rempah kari tadi dan tumis hingga rempah garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan), gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam sedikit tenggelam). Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah jus asam jawa dan pati santan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...


5 comments:

ct cheery said...

wah! nmpk mcm sedap...

Sanji Ngatmi said...

meleleh ..

Engineers Love Cooking said...

Salam, sedap tu kalau cicah pula dengan roti jala atau pun apa-apa roti.

Pink Diary said...

terima kasih share ilmu memasak.

mochalicious said...

Salam..klu famili saya masak kari, x masuk santan..cuba arr..sedap..:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.