BEN ASHAARI

Monday, September 3, 2012

GULAI UDANG DENGAN REBUNG....

rsz_dsc_7731 (1)
Salam semua, kita tengok menu yang mat masak masa menerima tetamu dari Suku Biduanda Waris yang menetap di Lukut, Kota Tinggi, Johor. Mat masak gulai udang dengan rebung, tu lah kalau dah rezeki, sebenarnya mat plan nak masak dengan belimbing atau timun, tapi sehari sebelum tu ada pulak sorang kenalan hantar rebung ke rumah. Jadi atas persetujuan bonda, kami masak gulai udang dengan rebung. Udang mat beli jenis kaki merah. Ada perbezaannya dari segi rasa jika anda guna udang yang dari lautan dengan udang dari kolam, walaupun kolam air masin. Bila anda masak, perbezaan dari rasa kuah dia pun sudah cukup membezakan penggunaan udang kolam atau udang laut. Satu lagi tips, untuk mendapat gulai yang sedap, santan kelapa biarlah yang segar dan seimbangkan rasa masam, pedas, masin dan manis...resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang kaki merah @ udang pengantin
Rebung secukupnya (mat guna rebung buluh betong, dihiris halus dan celur, toskan)
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat dan 1 dihiris halus
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci dan masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan kisar halus dan  asam gelugor, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tambah rebung yang ditoskan tadi, gaul rata dan tuang santan cair, Kacau dan masa hingga mendidih..
  2. Masak hingga rebung lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya, tambah daun kunyit yang disiat tadi. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu, akhir sekali tabur hirisan daun kunyit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

6 comments:

~~zana@pb~~ said...

Selamat hari raya CMG, sedapnya rebong tu...

Mat Gebu said...

@ zana - selamat hari raya, maaf zahir batin...

MY MintRoom said...

Selamat Hari Raya Che Mat,
bukan saja pandai masak tapi tahu pulak macamana nak pilih udang yang betul untuk masakan...

Salam...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Selamat hari raya CM, maaf saya pohon atas salah silap ye.

amboi besarnye udang, terliur tgk.kaki pengantin ye namanya.tgk rebung tu buat air liur meleleh

IBU GEBU said...

hensem sungguh udang tu berposing :)

SELAMAT HARI RAYA CHE MAT!

hafizah lai said...

Sedapny...nk cuba buat la....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.