BEN ASHAARI

Saturday, August 4, 2012

SAMBAL IKAN SERI PANDAN

rsz_dsc_6608
Salam 15 Ramadhan, tuu dia, sekejapnya, dah tinggal kurang lebih 2 minggu saja lagi nak sambut Syawal. Pasti dah ramai sibuk gentel2 biskut raya dan sebagainya. Mat bila nak buat biskut?.Hmm, tunggu jelah, kalau ada..ada lah..kalau takde...pun ada lahh. Anda berbuka apa ni hari?. Mat siang tadi keluar sekejap cari barang2 sikit. Lepas tu balik jam 3 lebih, terus sesi memasak. Sebab otak pun buntu, mat masak yang mudah2 saja. Mat goreng kue teow, lepas tu tumis air sawi dengan udang, goreng ikan dan buat sambal macam anda lihat atas tu. Mulanya nak biar ikan digoreng gitu saja, tapi ntah macam mana, teringin pulak nak letak sambal, cuma sambal biasa tapi mat tumis dengan daun pandan dan serai, hmm not bad, sedap dan harum. Mat guna ikan kembong yang digoreng embal2. Kalau goreng garing pun boleh, tapi nanti kalau lambat makan, dia jadi keras kejung macam batang kayu. Selain ikan kembong, anda boleh guna apa ikan yang anda suka, nak ganti dengan ayam pun boleh juga. Ok kita semak resipi...Sesuai juga untuk bersahur nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembong saiz sederhana
1 helai daun pandan, disimpul
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
5 biji cili padi (optional)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap 5 minit dan goreng hingga ikan masak, pastikan tidak terlalu garing, biar embal2 (lembap2 sedikit). Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai titik, daun pandan dan bahan kisar halus, tumis hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Tuang jus limau kasturi, kacau rata dan bila sambal pekat, boleh matikan api. Tuang atas ikan tadi, ratakan dan boleh dihidang ketika berbuka puasa atau bersahur...


4 comments:

adda syuhada said...

suka gk ikan masak cmni...ikan garing2 pastu gaul sambal tu ngn nasi..fuhh...tp sambal pandan ni bleh cuba lain kali..nampak sedap..

wanie said...

Salam Ramadhan dan x lama lagi dah nak raya..SELAMAT HARI RAYA..
nak ikan sambal tu ckit buat sahur..boleh..?

Yatie said...

selain asam pedas, sambal ikan macam nilah yg buat akak berselera makan....lauk lain dah tak pandang dah...nyum2...sedapnya che mat..

Maizah Jalil said...

menarik..n nampak pun dah menyelerakan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.