BEN ASHAARI

Sunday, August 5, 2012

BISKUT SENYUM a.k.a BISKUT KELAPA

rsz_dsc_6689 (1)
Salam semua, alhamdulillah selesai sudah 16 Ramadhan. Macam mana anda semua, persiapan raya dah siap?..Mat percaya ramai dah mula buat biskut raya. Dan mat pulak setelah bertangguh dari sehari ke sehari, maka pagi tadi mat mulakan operasi membuat biskut pertama. Seperti pernah mat kata dulu, tahun ni, mat buat biskut yang gentel2 dan tekan2 saja. Yang berhias2 tu insya Allah lah yea. Sesungguhnya mat gebu amat malas tahun ni nak membuat biskut bagai, awal2 mengaku ni, tapi apa2 pun kejadian dikemudian hari, itu lain cerita ok. Berbalik pasal biskut senyum atau biskut kelapa ni, ia resipi asal sebelum mat olah menjadi biskut ini. Kenapa dipanggil biskut senyum yea..lupa nak tanya bonda. Resipi agak mudah, dan selalunya kualiti mentega juga memainkan peranan dalam rasa satu2 biskut itu. Buat pun senang, kata bonda asal2 biskut ni digentel2 sahaja, kemudian sedikit pembaharuan dibuat, ia dibentuk bulan sabit, tapi bukan terap guna acuan, gelas bermulut kecil digunakan sebagai penerap untuk membentuk bulan sabit. Apa2 pun jika anda nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin (400 GRAM) tepung jagung Brown & Polson*
230 gram tepung gandum*
1 camca teh penuh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan kelapa kering, dikisar halus
2 biji telur gred A
200 gram gula aising
1 1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
Mentega secukupnya (anggaran 400 gram, mat guna SCS)
Ceri merah, potong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus, gaul rata. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
  2. Dengan kelajuan perlahan juga, sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. 
  3. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat2kan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit...sedikit sahaja, jangan kuat2 nanti leper. Buat hingga siap.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang.  Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi diatas. Kalau tak nak gentel, anda juga boleh canai dan terap seperti biskut biasa. Selain tepung jagung B&P macam mat guna tu, anda boleh juga ganti dengan tepung jagung biasa. Satu lagi, kenapa letak ceri dulu, baru salut dengan kelapa?..Kerana kalau salut dengan kelapa dulu, lepas tu letak ceri, besar kemungkinan ceri akan tertanggal, tak melekat. Ok tu saja... Selamat mencuba!!..


11 comments:

Emma said...

Tu dia, dah start maraton kuih raya yer Che MAt?

Ryo Azhar said...

cantek nya pcm.. comel mcm ady larh.
nak membulat2 tu yg malas.huhu...
kat bumpe saji aritu nampak bskut gini gak cuma rsepi laen kan..namanya bola2 cinta...

suhana abdul samad said...

salam cik mat..nak tanya sikit ler..kalau kita bubuh baking powder..tak kembang semangkuk ke biskut tu nanti..dan kalau tak letak..tak menjejaskan rasa kan?

Zie said...

biskut lama ni.. huhu teringat zaman dok tlg kakak buat kueh.. ,, memang dah lama dok cari resipi nih.. tq yer.. suka sangat...

CitarasaKu said...

Salam Cmg...wah dah mula buat biskut senyum pasti mesti ada biskut ceria. Hehe kita selalu tunggu buah tangan dari Cmg yang unik dan cantik tiap tiap tahun. Biskut tu nampak sepadan dengan nama nya ..hehe senyum dulu baru makan.

Sis Lin said...

As salam Mat..

Meriah sudah semua dgn biskut raya...aku jgk la dgn dialog en sabar tiap2 tahun.."Tak payah buat, beli aje"..huhuhuhu

Tak sabar nak raya dgn ko.. :)

ChemSO said...

dah buat semalam....best!!!

Mat Gebu said...

@ Suhana Abdul Samad - Resipi asal mmg letak baking poeder, dan insya Allah biskut takde lah kembang semangkuk..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG...wah menarik biskut nie... Nak try resipi CMG nie... Dulu dah lama x buat dah.. Ntah p mana resipinya... Nasib baik CMG kongsinya.. Bole try nnt.. Thanks CMG...

mademoiselle ten said...

Pnh beli biskut rupa gini yg sedap sgt tp tak pasti samada biskut yg sama ... nanti nk try thks 4 d recipe ;)

Suz said...

T kasih CMG. Saya memang tgh cari biskut kelapa ni. Boleh le terai buat. Insyaallah, mesti sedap nih...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.