BEN ASHAARI

Wednesday, August 8, 2012

BISKUT FILIPINA BERGAJUS.

rsz_dsc_6855
Assalammualaikum semua. Salam 19 Ramadhan. Tak sampai 2 minggu lagi dah nak raya. Hari ni mat nak berkongsi resipi biskut raya ke-3 yang mat buat semalam. Resipi mat salin lama dulu. Kalau ikut resipi asal, biskut tu kena celop 1/2 bahagian dengan coklat, tapi mat hanya drizzle sahaja. Kalau anda tak nak guna kacang gajus, boleh guna kacang badam atau kacang tanah. Rasa biskut ni lemak2 manis dan ringan, rapuh tapi rangup. Untuk resipi di bawah ini akan menghasilkan kurang lebih 150 keping bergantung pada jenis acuan yang anda gunakan, dan juga ketebalan biskut anda. Tapi kalau kita lihat biskut2 raya yang dipasaran, semuanya tebal2 kan. Dan ada masa, bila makan, dalam dia tak masak, mentah. Ada juga yang tanya, CM bakar biskut guna api atas dan bawah juga ke. Hmm, selaunya mat bakar memang guna api atas dan bawah, suhu pulak 170C dan dulang pembakar mat letak pada aras no-2 dari bawah. Untuk menghasilkan pembakaran biskut sama rata, lepas 7 - 8 minit waktu membakar, anda pusing2kan loyang pembakar tadi...Kalau anda teringin nak mencuba, resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega
60 gram lemak sayur @ shortening
110 gram gula aising, diayak
2 kuning telur
140 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
140 gram halus (mat guna tepung gandum)*
140 gram tepung sagu ubi*
1/4 camca teh soda bikarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
80 gram cornflakes, kisar halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
Gajus secukupnya
Kuning telur, untuk mengglis
Coklat masakan secukupnya#
Sedikit lemak sayur# 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul tepung yang telah diayak tadi dengan cornflakes yang dikisar halus. Ketepikan. Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga rata dan sebati. Masukkan kuning telur satu per satu dan juga esen vanilla. Putar rata. 
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cornflakes kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Matikan mixer, gaul rata doh dengan spatula dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Bagi doh pada 4 bahagian, ambil 1 bahagian, canai antara 2 lapisan plastik kurang lebih 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut dan hias dengan 1/2 biji gajus. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan drizzle dengan coklat cair. Biar coklat beku dan simpan biskut dalam bekas kedap udara. 
CATATAN MAT GEBU :- Cairkan coklat cara double boiler, iaitu coklat masakan diletak dalam bekas tahan panas dan bekas tadi ditenggekkan atas air mendidih, kacau hingga cair. Tambah sedikit lemak sayur, kacau rata dan biar sejuk sedikit. Boleh hias atau biskut. Atau anda boleh cairkan coklat dalam mikrowave pada suhu "low"...


5 comments:

ummisara said...

che mat...

kenapa filipina? sedapnya

Sari Yusa Ibrahim said...

Filipina??

Kalau tukar nama Marimar, boleh?

Ummi said...

Jelesss jek akak tengok sume org dah membakor kukis nih....akak jek duk cuci2 mata...kena tunggu cuti la baru pulun membakar kot...uwaaaa...

mommynana said...

Nice! Bole improvise. :D

asmar said...

Salam cik mat. Bahan yang kelima tu tepung halus ke? Mgkin tertinggal type. Maklumlah puasa ni kan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.