BEN ASHAARI

Friday, July 20, 2012

TERUNG GORENG BERLADO ALA "DATIN"..

rsz_dsc_5453
Malam semua, entri terakhir untuk malam ni, mat letak resipi mudah, dan sedap. Sebelum tu nak ucap terima kasih pada "Datin" Shahriah Abdullah...sebab share resipi mudah dan amat2 sesuai untuk berbuka, mau pun bersahur. Dua hari lepas masa mat skodeng ke blog beliau di sini, tiba2 ternampak terung berlado yang begitu anggun, jadi nak juga lah mencuba, dah hasilnya sangat lah memuaskan, kira kenala dengan tekak si mat gebu tu. Membuatnya amat lah mudah dan ringkas. Mat guna terung bulat dan juga terung biru, terung biru tu tu jenis organic, ada jual di Tesco, dia tulis "Sakura Pearl", rasa dia lebih manis. Tapi anda boleh guna terung biru biasa. Kalau takde, anda ganti terung tu dengan bendi pun ok rasanya...erkk..belum apa2 dah mula nak derhaka...hehe...sori...Ok lah kita semak resipi dan terima kasih pada Datin.... Pada semua Selamat menjalankan ibadah puasa....Insya Allah jika diberi keizinan kira jumpa esok dengan resipi lain pula.......

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru (mat guna 2 biji terung biru + 1 biji terung bulat)
2 camca besar jus asam jawa
2 biji cili merah (mat guna 3 biji)
1 biji bawang merah (mat guna 3 biji)
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras (mat guna 2 biji)
50 gram ikan bilis (mat guna 1 genggam)
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung, kemudian potong ikut suka dan goreng sekejap dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel dan alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak anggaran 3 camca besar. Tumis bahan tumbuk hancur tadi hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung tadi atau anda boleh gaulkan sambal dengan terung. Tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan, jika suka. Hidangkan bersama nasi panas......Penggsannnn >______<


11 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum.. nampak aje kat RL tulisan Datin terus gosok mata 2 kali.. sah! ni kerja TAN SRI CMG! muahahaaa... tq so much Chef tersohor CMG kerana sudi mencuba resipi ala2 cempak dan jadi hehehe... wahhhh lagi meriah kejadianya... ari tu masak sendiri tak ngencess tengok CMG masak perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.............. pengsan *__@ hehhee... tq so much CMG.. hi~5!!

Mama-ILuvU said...

Favourite saya terung...nak cuba lah resepi CMG ni untuk berbuka today. terung pun ada lagi tu...
:-))

http://mama-iloveu.blogspot.com/

azievee said...

emmmm sedap nyer...boleh buat untuk berbuka nie...

ilahjy said...

salam c.mat kak ilah nak amek kesemptan ruang yg ada nak pohon kemaafaan dan selamat sambut puasa.. hehe seperti yg c.mat tau pagi tadi sahur terung bakar..cik mat terung mak datin kita hehehe nak juga gelaran tu c.mat..hehe

BeloG MTT said...

Umangggaihhh terliur liur dh ni. Hihihi

Datang jalan2 kat sini nak ucapkan selamat berpuasa kat pcm ! Selamat berpuasa ! :)

Nurul Akmal said...

Uiiihh sedapnyer nampak..

Yatie said...

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat Che Mat sekeluarga, mohon maaf zahir dan batin...

terung ni mmng my febret, kalau menu mcm ni, mmng sah2 tak pandang lauk lain daaaaa..sedap sngt...nyum2..

inahar ali said...

perghhh..dapnyer pose2 ni tgk terung berlado cenggini! selamat berpuasa ye mat!

Nannie said...

asmlkm Mat Gebu ,
sedapnya sambal terung tu , slmt menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa utk Mat dan keluarga

~mi + ny~ said...

amboi sedap nya!!! semua yang cik mat masak buat sy terliur!

Seri Panggung said...

salam n hi CMG...waa...sy follower baru...sukeee sgt blog ni byk resepi sy boleh cuba...tp cuba kat umah je lah ngan encik usband...utk mkn berdua...sy suka try resepi baru n suka main masak2...thanks CMG utk resepi terung ni...suke banget terung msk goreng belado ni...tp yg ni resepi lain...insyaAllah nnt cube...hik3...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.