BEN ASHAARI

Tuesday, July 31, 2012

TERUNG GORENG BERLADA ALA DATIN.....LAGI.

rsz_dsc_6295
Ini satu lagi idea untuk anda masak masa berbuka nanti, atau sesuai masa bersahur. Pernah buat sekali dulu dan resipi dari Datin Shahriah Abdullah di sini. Tekak tak berapa sedap, elok makan yang macam ni, tapi mat derhaka sikit. Kalau ikut resipi datin, terung kena goreng, mat goreng juga tapi guna sedikit minyak zaitun. Lepas tu dengan minyak yang sama mat tumis sambal dia. Guna non-stick pan jenis mungkum, dan masak dengan api kecil saja. Resipi datin ni, pada mereka yang tak boleh makan belacan, adalah amat sesuai sekali, sebab guna ikan bilis. Sambal ditumbuk hancur sahaja tak perlu lah halus sangat. Kalau kisar pun boleh, tapi guna kaedah "pause". Ok masa untuk resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru
2 camca besar jus asam jawa (sebab guna pes asam, mat guna 3/4 camca teh)
2 biji cili merah (mat guna 3 biji)
1 biji bawang merah (mat guna 3 biji)
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras (mat guna 2 biji)
50 gram ikan bilis (mat guna 1 genggam)
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung, kemudian potong ikut suka dan goreng sekejap dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel dan alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak anggaran 3 camca besar. Tumis bahan tumbuk hancur tadi hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung tadi atau anda boleh gaulkan sambal dengan terung. Tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan, jika suka. Hidangkan bersama nasi panas untuk berbuka puasa....


9 comments:

sue-ab said...

boleh cuba petang ni..bahan2 sume ada..ty cik mat!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Huahhhh Tan Sri Manjang Datin perghhh hehehe... tq so much TSCMG sebab sudi mencuba dan cuba lagi resipi ala-ala aje tu kan.. waduhhh ini 'CUCUK SANGGUL' Bakal di post tidak lama lagi.. nanti jangan lupa inbox add. jangan cakap tak nak ekkk.. memang dah niat... Untuk Kak Ummi pun ada juga.. bagi 3 ehh cucuk sanggul tu.. Macehhh... hi!5 cikit..;)

Haslina Harun said...

aduhai glamnya nama resepi ni..salam ramadhan cmg..

Nurul Syafiqa said...

Sahur pg mkn lauk ni mmg sdp kan

cik chinta said...

sdpppp...tp klo xde buah keras bole jugak kn?

faa.rosli said...

abg mat...nk tnya..ape gune buah keras ek?

faa.rosli said...

abg mat...nk tnya..ape gune buah keras ek?

adda syuhada said...

Sedapnya nampak terung ni...tgk dia punya serdak2 kt atas tu lagi la tak tertahan...kihkih

Mama-ILuvU said...

nak buat jugakla berbuka nanti. terliuq tgk terung cik mat

http://mama-iloveu.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.