BEN ASHAARI

Tuesday, July 3, 2012

SOTONG BERSOS HOISIN..

rsz_dsc_4313
Salam Selasa, dah makan?.. Hari ni kita mulakan entri dengan satu masakan mudah dan simple, tapi menjadi pantang pada mat gebu...Terliur juga nengok, dari gatal tak ingat, baiklah kita jauhkan. Sotong sos hoisin senang dimasak. Sotong bersaiz kecil (tapi bukan lah kecil sangat), mat tak kerat cuma dikelar2 seperti gambar diatas tu. Kepala sotong anda perlu buang muncung tajam dan dakwatnya. Sedap dimakan panas bersama nasi putih atau bubur nasi. Yang ni mat guna kurang lebih 400 gram sotong jenis panjang2 tu. Kalau dapat sotong segar lagi manis. Resipi seperti dibawah tapi sebelum tu kita lihat dulu entri pilihan DTS.....serius anda wajib baca..sungguh menginsafkan.. di sini.. Terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos hoisin (mat guna jenama LIFE)
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit garam
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong, dibersihkan, buang muncung tajamnya dan dakwatnya. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus. Cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Tumis bawang putih hingga harum dan perang, masukkan sos hoisin dan sos tiram, kacau rata dan masukkan sotong tadi, gaul dan masak hingga sotong mengecut.
  3. Masukkan hirisan cili merah dan leek (toskan). Kacau rata. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit garam (jika perlu). Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar (leraikan). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan sebelum dihidangkan..


5 comments:

Ardini Humaira said...

wahh... mengiurkan.. dni lom penah cuba guna sos hoisin.. akan cuba pasni..:D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sotong tu landing punyalah seksi menggoda!pergh

JembalCastle said...

wallahhh nampak sedap tuuuu

Sari Yusa Ibrahim said...

kesian CMG tak boleh makan sotong..

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Che Mat ...

betul3x ....!! Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Nak mintak sikit 3 ekor sotong tuuu... nak buat-buat rasa jerrr~~
hehee . . .

Che Mat, Nina masuk list ehh resepi nie. Suka arrr... simple! ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.