BEN ASHAARI

Wednesday, July 25, 2012

ROTI JALA....KARI SARDINE..MENU RINGKAS

rsz_dsc_5758

Petang semua...hehe, tak salah kan entri makan2 lepas jam 3 petang, yelah letak awal nanti takut ada yang pengsan, tak pun terlanggar tembok sebab terbayang2. Erkkk.. "maafkan sayaaa". Ini semalam punya, yelah nak letak yang fresh from mat gebu kitchen tak boleh lah, bulan2 puasa ni. Takkan nak masak awal yea dak. Roti jala sangat sinonim dengan orang2 kita. Paling ngam dicicah  kuah kari. Tak kesah lah apa kari sekali pun, tapi paling cepat nak buat opkos lah kari sardine. Kalau takde sardine, guna telur pun ok..tak pun kalau ada kari daging atau ayam yang semalam punya pun sesuai. Sebenarnya nak cicah tu tak terikat dengan kari saja. Kuah gulai, asam pedas, rendang waima sambal tumis pun boleh..

rsz_dsc_5769

Untuk resipi ini mat buat dalam 2 cawan tepung gandum, kalau penduduk ramai dan anda bertenaga macam sorang Datin tu, boleh lah anda menebar jala untuk 2 kg tepung..Perghh hebat gitewwww...pengsan. Yang ni mat buat guna botol sos muncung 3 pemberian Kak Ummi Kuantan, senang keje, dan cepat pun yea. Guna pulak non-stick pan bersaiz 10 inci, kalau guna kuali leper untuk buat capati tu pun ok. Ikut yang mana anda rasa sesuai. Tambah sedikit pewarna kuning untuk bagi kaler kuning, tak pun sedikit serbuk kunyit. Untuk kari sardine tu, anda boleh tambah kentang macam mat buat tu, nak letak tomato atau lobak merah pun boleh. Ok kita semak resipi mudah ini yea...pstt nak tengok roti jala yang begitu lawa sampai sayang nak makan?...kat sini...serius, memukau!!!...

ROTI JALA....

BAHAN-BAHAN ROTI JALA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder (kalau tak letak pun takpe)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (atau boleh ganti dengan air)
3 - 4 titik pewarna kuning makanan (boleh ganti dengan sedikit serbuk kunyit)
4 camca besar mentega, cair dan sejukkan (boleh ganti dengan minyak masak)
1 biji telur gred A
Garam secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang ditengah2 tepung, masukkan telur yang dipukul sedikit, kacau rata. Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air dan kacau lagi hingga licin dan tidak berbintil2. Masukkan mentega cair atau minyak masak, pewarna kuning (atau serbuk kunyit) dan juga garam secukup rasa. Kacau rata dengan whisk, tapis adunan tapi dan ketepikan sebentar. Kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air dalam 1- 2 camca besar....(kalau nak cepat, kisar guna blender).
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci atau apa juga jenis kuali yang anda ada. Kacau bancuhan roti jala dan masukkan ke dalam acuannya. Kemudian kirai atas kuali tadi, pastikan ia bercantum antara satu sama lain, masak guna api sederhana. Bila permukaan roti jala nampak pucat, boleh lah anda lipat atau gulung. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap....

KARI SARDINE....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (mat guna sardine PERTIMA)
2 biji kentang, dadu
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna Baba's)
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optional)
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*(*kisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 camca teh halba campur
1 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah rempah kari + bahan kisar halus tadi dan terus memasak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang air secukupnya (hingga kentang tenggelam). Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna), ikan sardine dan 3-4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau perlahan
  3. Tuang santan, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api sederhana hungga mendidih, kacau perlahan2. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti jala tadi.
CATATAN MAT GEBU :- Pada mat, roti jala yang guna telur, dan kita letak sedikit serbuk kunyit, ia dapat mengurangkan rasa ke telur an bila roti jala sejuk. Dan untuk kari sardine tu, anda boleh letak kesemua sekali sosnya atau letak sedikit macam mat buat, terpulang. Tang rasa garam tu, sebab bulan puasa, kita anggarkan 3/4 - 1 camca teh sudah memadai. Lagi2 lah kalau anda dah guna kiub ikan bilis macam mat guna tu. Ok, selamat mencuba... (^____*)

12 comments:

Ummi said...

Fuuuuuuuuhhh...kemaaiin menjala2 sorang2 yeaaa....dapat ikan sardin pulaakkk tuuuuu...sedapnyaaaa... anggunnya jala kooooo... Akak pun dah hilang skill kot dah lama x menjala...hehehhe, ntah2 muncung botol tu dah tersumbat...haha

meazrynn said...

salam..

wah roti jalan ni nampak sangat sedap n kemas... :)

bersama kak Es said...

cantiknya ikan tu posing keh keh keh

sedap roti jala ni kalau bancuhan tu ada susu kan Che mat...lembut gituuu

yayahnasake said...

saya COPY thank you for sharing with me

yayahnasake.blogspot.com

Amirah md esa said...

tetiba resepi kita sama pulak...cumanya...saya buat kari daging....

Liza @ Adzriel AB said...

halusss jalanya..

Tak Pe Je ~ TPJ said...

Salam, tuan rumah. Tumpang komen... Peberet ku itiew roti jala... Yummeh...!

faa.rosli said...

nmpak simple tp mampu buat perot bergelodak...

cikja said...

segar mata tgok makanan kat sini..nmpak lg terliur bila mat yg buat..balik keje ni nk melempeng gak ler..huhu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

lama sungguh tak menebar..huhu.terliur.

Miss Nurul said...
This comment has been removed by the author.
Miss Nurul said...

Assalam.. First time sy buat rotijala.. Alhamdulillah menjadi~ thanks for the recipe tiffinbiru~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.