BEN ASHAARI

Saturday, July 7, 2012

RENDANG CENDAWAN TIRAM RAJA..

rsz_dsc_4539
Assalammualaikum, entri kali ni mat share satu resipi yang sesuai untuk mereka yang vegetarian atau mereka2 yang makan sayur2an. Mat guna cendawan tiram raja. Kebetulan masa pi Tesco mat nampak cendawan ni, dan dari segi rupa paras macam sesuai je untuk dibuat rendang. Kenapa mat kata macam tu, sebab cendawan ini bahagian kelopak agak kecil dan tangkainya besar padat dan agak kenyal. Untuk resipi ini mat guna kurang lebih 400 gram cendawan tiram raja. Kalau takde, anda boleh ganti dengan cendawan butang segar, tapi kalau anda nak cuba guna cendawan tiram biasa pun boleh, cuma kena letak akhir, maksud mat bila rendang dah nak pekat baru masukkan. Cuma teksture cendawan tu tak akan sama lah dengan cendawan yang mat guna ni..

P1310268P1310272
Contoh cendawan tiram raja seperti dalam gambar diatas. Saiz dia agak besar dan cendawan tiram raja tu tertulis pada packing cendawan itu sendiri. Bukan mat saja2 tulis yea. Dan untuk rendang ini mat try guna serbuk rendang keluaran Baba's. Ini pemberian Kak Ida tempoh hari dan rasa dia sedap. Kalau anda takde dan agak sukar nak dapat serbuk rendang ditempat anda, boleh lah ganti dengan serbuk kari. Tapi walaupun guna serbuk rendang, kenalah juga tambah bahan2 asas membuat rendang untuk menaikkan rasanya lagi. Ok kita semak resipi dan entri pilihan DTS di sini.. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram cendawan tiram raja (king oyster mushroom), seperti gambar di atas
2 1/2 camca besar serbuk rendang Baba's (atau boleh ganti dgn rempah kari daging Baba's)
2 helai daun kunyit, 1 disiat dan 1 lagi hiris halus
3 helai daun limau purut
1 camca besar penuh cili kisar (boleh tambah kalau nak pedas)
1 keping asam gelugor
100 ml pati santan
1/3 cawan air
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci cendawan tadi, toskan. Kemudian dipotong kiub pada saiz besar2. Ketepikan. Bancuh bahan kisar halus dengan serbuk rendang, kacau rata dan biar sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah bahan kisar halus + serbuk rendang tadi, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan daun limau purut, air dan pati santan. Kacau dan bila mendidih, tambah cendawan, daun kunyit, kerisik dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga pekat dan cendawan lembut, tapi masih kenyal.
  4. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul rata dan akhir sekali masukkan hirisan halus daun kunyit. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau lemang...

5 comments:

Nur-nba said...

Salam. Wahh sedapnya juadah ni.. Kena cuba ni.. :)

June said...

oh blm pernah jumpa lg serbuk rendang baba's nie . okay ke rasa dia ?

Mat Gebu said...

@ June - ok sangat rasa dia.

wan G Silk said...

tak terfikir pulak cendawan pun boleh buat rendang...kreatif lah CMG...nampak sungguh menggiurkan..thanks for sharing the recipe..;-)

azievee said...

Rendang cendawan mmg sedap...dulu kat kg mak biasa buat kalu musim cendawan tumbuh la...yummy

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.