BEN ASHAARI

Friday, July 27, 2012

MI HOON CAMPAK-CAMPAK

rsz_dsc_5983
Petang semua, goreng mi hoon saja. Tu pun atas permintaan bigboss...Opss bukan untuk minum petang yea. Ini semalam mat goreng untuk berbuka puasa. Cuma resipi biasa, campak2 saja. Rencah pun cuma ada udang saja. Kalau ada sotong pun sedap, tapi mat tak boleh lah makan. Seperti biasa, bila masak resipi seperti mi hoon, kita boleh letak apa sahaja, kucai, kobis, parutan lobak merah. Tapi pada mat taugeh adalah benda wajib, yang tak makan boleh ganti dengan sayur2 macam mat sebut tadi. Anda masak apa petang ni?. Pada mat bulan puasa tak de buat benda2 yang pelik, atau resipi yang lain. Sebab utama kat rumah ni tiada budak2, jadi masak ikut apa yang hendak dimakan. Satu lagi sekarang ni musim tak berapa sehat, jadi masak yang ringkas2 lagi sesuai....resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut
1 pokok sawi hijau, siang berasingan batang dan daunnya
Taugeh secukupnya
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
3/4 cawan isi udang
3 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 camca besar penuh udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos cili dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan isi udang dan masak hingga isi udang berubah warna. Tambah tauhu goreng dan telur hancur. Kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan).
  2. Tambah sedikit sos ikan dan masukkan batang sawi. Kacau rata dan bila bawang sawi lembut, masukkan mi hoon tadi (toskan). Gaul rata dan masak hingga mi hoon lembut, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah daun sawi dan renjiskan sos ikan secukup rasa. Akhir sekali masukkan taugeh, kacau hingga rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau kasturi sebelum dihidangkan..


4 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum TSCMG waduhhhhhhh ngencesss nihhhh... teringin nak makan mee hoon.. Insya~ALLAH nanti nak masak hari ahad nanti.. selamat berpuasa dan berbuka..:)

Saleha said...

wah kalau abg mat masak campak2 je pun dah nampak menggiurkan.. kalau saya masak belek resepipun belum tentu jadi macamni

Azie said...

Campak campak pun menjadikan saya sangat terliur nak makan mee hoon dalam gambar ni

adda syuhada said...

CMG cmpak2 pun nampak bukan main sedap lgi..kalau sy la campak2 cmtu..ntah la jdi mihun ke apa ntah nanti..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.