BEN ASHAARI

Saturday, July 28, 2012

KUE TEOW TOMYAM...UNTUK MAT GEBU.

rsz_dsc_6019
Petang semua, entri mudah lagi di Ramadhan ke 8 hari ini. Dan ini menu mat berbuka semalam. Tekak ni nak makan yang berkuah2 seperti sup atau singgang. Lepas tu nak yang rasa masam2 pedas dan beraroma. Walaupun ia hanya tomyam biasa, tapi mat rasa sedap leer sangat....grrrr. Nak makan dengan nasi macam tak berapa ok, jadi kita makan dengan kue teow, errkk kue teow tu kan dari tepung beras..beras tu kan nasi gak...kira sama lah kan. Tomyam tu sama seperti resipi yang mat buat sebelum ini, cuma kali ni ada berbaki udang 3 ekor, jadi mat campur kan sekali. Dan kali ni mat letak 1 pokok kecil daun ketumbar dan juga akar2nya mat guna, tapi dicuci bersih dan dititik sedikit. Cili padi siam merah mat cuma ketuk je, kemudian lebur kan sekali dalam piuk berisi air. Mat guna kiub tomyam Maggi dan 1 kiub ayam. Garam mat tak letak dah, tapi mat letak sedikit gula dan tambah jus dari 3 biji limau kasturi. Terpulang pada anda nak rasa masam macam mana, tapi bagi mat, memang suka rasa masam pedas. Ok resipi mat kopipes jelah dari yang dulu dan mat tambah sedikit ikut yang mat buat semalam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil atau ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 kiub tomyam Maggi
1 kiub pati ayam (optional)
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 akar pokok ketumbar, cuci bersih dan dititik*
7 - 8 biji cili padi merah thai, dititik*
1 inci halia, dititik*
2 batang serai, dititik*
4 helai daun limau purut*
1/2 inci lengkuas, dititik*

1/2 batang lobak merah, potong berbaji atau ikut suka
10 kuntum cendawan butang dalam tin, cuci dan toskan
1 batang saleri, kerat pendek
1 biji tomato didadu besar
1 pokok kecil daun ketumbar
Sedikit gula dan garam (jika perlu)
Air secukupnya (anggaran 2 liter)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan semua bahan2 bertanda (*). Tambah kiub tomyam dan kiub ayam (jika guna), biar mendidih perlahan. Masukkan ayam, lobak merah, saleri dan cendawan. Kacau perlahan.
  2. Masak hingga ayam masak. Tambah udang, serbuk lada hitam, daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan sedikit gula dan garam, jika perlu. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, letak sedikit dahulu dan rasa jika anda suka masam lebih, tambah lagi.
  3. Letak secukupnya kue teow dalam mangkuk sesuai, tuang tomyam bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Hidangkan segera..sedap dimakan panas..

8 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sedapppp Lerrr sangattt.. ngencesss dah ni perghh...Selamat berpuasa dan berbuka TSCMG...:)

bersama kak Es said...

ngencesss gak... huk!

faa.rosli said...

lama tak mkn ni. melelh air liur....

hana said...

salam mat... pengantin tak berapa nak baru sampai ni... makan beradab dgn tomyam ok jugak kan mat? ko bila nak kawin mat? *panggggg sedas! opss ada lapik... wakakakakakaa

Mat Gebu said...

@ hana - sebab nko dah tanya...esok jugak aku terus kawen...aku buat nasi minyak okehh!!!

kkida @ 1001resepi said...

bulan puasa selera pun tak menentu ye mat...kkida pun kekadang tak tau nak masak apa untuk bebuka...tu yang suruh depa gi makan buka kat mesjid aje tu...hehe...

Asmah Yusof said...

Salam Ramadhan CMG...
simple2 pun ttp menaikkan selera pepagi nie :))

OrkedUnggu said...

salam..nak tanya..lari dari topik menu kat atas ...resipi biskut makmur ada tak? search tapi cam takder je...:)

blog ni banyak membantu saya hehehe semua menu yang saya buat dari blg ni menjadi...thanks ya...