BEN ASHAARI

Wednesday, July 25, 2012

KAROT SUSU....SUNGGUH MENGIURKAN..HMMM

rsz_dsc_5735
Salam semua, apa bikin tuu, mesti tengah fikir apa menu untuk berbuka petang nanti yea dak?..Hehe, kalau yang baca mesti kata dalam hati, si mat tu kan, dia takde ingat lain tau, bukan macam tu, itu kebiasaan yang orang berfikir, nak2 lagi surirumah tangga yang ada segelintir orang anggap "tak bekerja"..sebab dok rumah. Mereka sebenarnya "bekerja" untuk memastikan anda selesa berada dirumah nanti. Bagi puan2 yang bekerja lagi lah salute, balik nanti siap2 untuk keluarga berbuka, tak kesah lah samada masak atau rembat dari bazar ramadhan. Ok entri pertama seperti biasa ialah pembasah tekak. Semalam kat FB mat ada up satu status, samada nak buat karot susu atau mango lassi...Jadi keputusan telah dibuat, maka karot susu menjadi pilihan. Yang ni mat buat guna susu rendah lemak dan 2 batang karot (erkk..sebenonya 1 1/2 batang..hehe). Letak sedikit je air gula yang mat masak dengan 2 helai daun pandan yang agak tua, kasi dia harum. Secubit garam..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang lobak merah, kerat pendek2
300 ml air mineral @ air masak
400 ml susu rendah lemak (atau susu segar)
Sirap gula secukup rasa
Secubit garam
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan lobak merah ke dalam alat pengisar @ blender, tuang air dan kisar hingga halus. Tapis dan tuang ke dalam jug. Masukkan susu rendah lemak atau susu pilihan anda. Masukkan juga secubit garam dan air gula secukup rasa. Kacau rata.
  2. Letak ais kiub secukupnya dan biar sekejap. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap diminum sejuk. Untuk air gula tu, anda masak 500 gram gula dengan 2 helai daun pandan dan 2 cawan air, masak hingga gula larut dan renihkan hingga air gula pekat sedikit. Tapis dan simpan untuk kegunaan kemudian..

7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, CMG. Ini air wajib order bila makan kat kedai tomyam. Dekat umah pun ada buat masa mula2 ada jus mixer ke apa namanya tu, pas tu terperap jer dlm kabinet, hehe. Tapi air gula tu mmg selalu buat siap2, tapi hentam jer sukatannya. Lepas ni boleh ikut sukatan yg CM cadangkan tu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

pasti wangi dgn air gula bersama pandan tu..wahhhhh

Izah said...

Salam cmg, sebelum ni follow dr jauh jer. Bila tgk air keret susu ni, terasa nak tinggalkan komen plak.... Nak buatlah petang ni...

Norhafizah (Lina) said...

thanks... dapat gak idea nak minum apa ptg ni.

Ummi said...

Kooo ni kaaannn....saja jeee tayang tengah2 hari buta ni...bikin jejes air liur jek....aii nak munger karot tu eh...lawwoooo...hehe

~ataicha~ said...

semuanya menarik di bulan ramadhan ini.. tapi salah satu pilihan yang mampu dibuat dan tak perlu nak membazir duit bayar mahal2 kan... :p

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ni yg malas nak masuk dpur mat time2 gini........... saborrrrrr jelah.... hee...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.