BEN ASHAARI

Tuesday, July 24, 2012

JUS BELIMBING KASTURI SODA...

rsz_dsc_5610
Salam 4 Ramadhan, amacam ni hari semua ok? Entri pertama hari ni kita jamu mata dengan benda yang sejuk dan nyaman....bolehh?... Erkk..ada yang tutup mata pula, tergoda yea.Sabarr. Ini mat buat semalam. Tapi letak hari ini. Jus belimbing besi, lepas tu perah sedikit limau kasturi, dan mat tak letak air gula tapi ganti dengan sedikit aiskrim soda. Yang ni terpulang nak tuang dalam kuantiti sederhana atau sedikit saja. Kalau anda nak letak air gula pun ok takde masalah. Kaler hijau tu mat yang tambah, kasi ada warna dan nampak lagi mengiurkan. Takde apa lagi nak cerita...resipi pun main agak2, seperti di bawah....dan ada satu lagi idea untuk anda berbuka puasa di sini..... amacam, meleleh tak?

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji belimbing besi, saiz sederhana
4 biji limau kasturi
Beberapa titik pewarna hijau makanan
Air mineral secukupnya
Air gula jika perlu
1 - 2 cawan ais krim soda
Ais kiub secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belimbing besi dicuci, kerat kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar atau blender. Tuang air (anggaran 2 cawan) dan masukkan pewarna hijau makanan (mat guna warna "green apple"). Kisar hingga halus dan tapis. Tuang ke dalam jug.
  2. Masukkan jus limau kasturi, ais kiub dan aiskrim soda dan secubit garam, kacau rata dan jika nak manis, anda boleh tambah sirap gula secukup rasa. Hidangkan sejuk.

7 comments:

Sunah Sakura said...

oo..menarikkk...tapi umah saya setiap kali berbuka minum air panas....hehehe...

Puan Fifiey said...

kreatipla cikmat nii

Ummi said...

Waaaaaaaa lepas minum entry ni mesti jadi Incredible Hulk kan Mat...pastu pi dapur sana sini komen...hahahaha

Ummi said...

Adeeh...pasai apa pulak ayat tu...lepas minum entry ni...hahahahhaha...adeehh bukan ke pas minum air ni....wakakakkakaa

Azrey Rozie Eiman said...

ini betul2 menguji la CMG!

Nitesky said...

Belimbing tak sesuai bagi yang ada masalah buah pinggang. Jaga2

Shasha Mohamed said...

Wah! Menggiurkan.
Menarik dan nampak sedaapp...
Pandai cik Mat buat air!! ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.