BEN ASHAARI

Sunday, July 29, 2012

ASAM PEDAS AYAM PENCEN..

rsz_dsc_6232
Salam semua, berbuka apa tadi?. Mat hari ni masak yang mudah. Selain asam pedas ayam pencen, ada juga mat masak bening betik,. Bila masak asam pedas ni kan terus mat teringat Kak Yatie Memories, beliau ni penggemar asam pedas. Asam pedas ayam sinonim dengan orang2 Johore, macam di Melaka ada asam pedas daging atau tetel. Untuk asam pedas ayam yang ni mat campur nenas (sebab tu je yang ada). Kalau ikut kan anda boleh campur apa yang anda suka, terung, bendi, tomato waima sawi jeruk pun sesuai. Sebab ini ayam pencen jadi mat masak dalam pressure cooker atau periuk tekanan, kurang lebih 20 minit, ayam dah empuk. Tapi anda boleh guna ayam daging biasa untuk masak lebih cepat, kalau masak biasa guna ayam pencen, mau 1 jam rasanya. Kalau ada periuk tekanan, ok sesuai guna ayam pencen. Kita lihat resipi...tapi mat tulis cara mat masak, kalau anda guna ayam daging, masak seperti biasa.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam pencen, potong ikut suka (tapi jangan kecil sangat)
1/2 biji nenas madu, hiris kasar
1 batang serai, dititik
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 kuntum bunga kantan, belah2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, tumis serai, hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang. Masukkan bahan kisar halus dan masak sekejap, Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayan kecut. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan air. Tambah sedikit garam, kacau dan tutup periuk tekanan tadi. Pasang injapnya dan biar hingga bunyi berdesir, kemudian perlahankan api pada tahap minima. Masak selama 20 minit.
  3. Matikan api dan bawa periuk tekanan tadi ke dalam sinki, lalukan air atas tutup periuk tekanan hingga tekanan dalam periuk normal (bila pegang injapnya tiada lagi bunyi berdesir). Buka periuk dan salin asam pedas ke dalam periuk biasa.
  4. Tambah jus asam jawa, masukkan nenas dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga nenas masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.


4 comments:

puspawangi said...

Memang lazat ni..tp saudara saya orang melaka dia hiris2 saja serai, halia dan bawang besar tu..boleh jugak kan..

Yatie said...

kalau sebut je asam pedas, mmng buat akak lapar lerrrrr...kalau depan mata lagilah, berselera bebenorrrrr..arini pun menu asam pedas, kebetulan pulak sama..tapi akak guna ikan pari..teringat masa makan kat umah Che Mat..selera lain mcm je..he3..air tangan sifulah katakan....sodappp yg amat..

Nurul Akmal said...

Ya Allah.. Dah lah nampak sedap.. Gambar pun Menggiurkan.. terus buat perut ni lapar... Hehehe.. ;)

shuweet said...

adoiii..lazatnyer...my fav..dah bertahun tak makan asam pedas ayam pencen...slalu buat ayam biasa je..rasa lain.....nak buat sendiri pressure cooker takde..hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.