BEN ASHAARI

Friday, July 20, 2012

AGAR-AGAR NANGKA MADU..

rsz_dsc_5344
Salam, semalam mat ada up satu status kat wall FB, kata nak buat agar2 nangka. Saja lah nak test tengok macam mana. Cari2 juga kat internet, ada juga, tapi resipi guna agar2 tali dan guna telur. Hmmm, mat pulak kalau dapat nak yang mudah dan ringkas, taknak guna telur. Jadi mat oter lah sendiri. Memandangkan Bak tak minum susu, mat gantikan dengan santan, tapi kalau anda nak buat boleh guna susu segar. Untuk resipi ini mat guna nangka madu dalam 100 gram. Sebab nangka dah manis, gula mat guna dalam 3/4 cawan atau ikut lah tahap kemanisan mana yang ada nak. Kalau anda nak tambah setitik dua pewarna kuning pun boleh juga. 

rsz_dsc_5382
Tepung kastard juga ada digunakan untuk resipi ini. Mat titik kan beberapa titik pewarna hijau pada agar2 tadi sebelum ia beku. Kalau anda nak buat dalam bekas2 kecil pun boleh, mat buat dalam loyang berukuran 8inci x 8inci x 1 inci. Bila dah beku, mat terap agar2 tadi dengan acuan kueh tat bentuk hati (mat guna acuan kueh tat jenis tembaga). Hias lah ikut kreativiti anda, mat cuba letak nangka madu yang didadu kecil, kalau anda nak letak nangka dalam agar2 tadi juga boleh, cuma kalau buat dalam loyang macam mat, masa nak potong nanti jadi tak berapa lawa....Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket agar2 serbuk cap Swallow (berat 10 gram)
3/4 cawan gula (boleh kurangkan atau lebihkan)
900 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna hijau
100 gram nangka madu yang telah dibuang bijinya*
200 ml santan @ susu segar*(*dikisar halus)
1 camca besar penuh tepung kastard
Secubit garam
Beberapa titik esen nangka (optional)
Isi nangka didadu kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nangka yang dikisar tadi bersama tepung kastard, secubit garam dan esen nangka, kacau rata dengan whisk atau anda boleh kisar sekali dalam alat pengisar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan serbuk agar2 dan gula, kacau rata dan tuang air. Masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih, perlahankan api. Tuang no. 1 tadi dan kacau hingga rata. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  3. Keluarkan daun pandan, tuang bancuhan agar2 tadi ke dalam loyang. Biar sekejap. Kemudian titik kan pewarna hijau makanan. Lorekkan, guna chopstick atau lidi sate yang bersih. Biar hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga keras. Potong dan hias ikut suka...


7 comments:

Gee® said...

Sedapnyaaaa....terlior

azian said...

sesuai utk buka puasa...
Salam Ramadhan...selamat berpuasa....

Sari Yusa Ibrahim said...

rasanya guna santan lagi sedap kan CMG... skrg musim cempedak, ganti ngan cempedak ok jugak, kan..

Fadzillah bt. Minai said...

Cantiknya agar-agar Che Mat.Kalau cuaca panas-panas makan agar-agar ni, mesti best.

AZLITA AZIZ said...

peweeeeetttttt....
fuyooooo.. seksi lah mat...
tak berkelip mata akak melihatnya..
satu gabungan warna yang cukup menarik!

shazrina said...

cantiknyeee ..mesti sedap ni ..seb baik blom puase lagi hari ni ..terliur :D ..sluurrrpp

MamaFaMi said...

Sib baik nampak agar-agar ni bukan di bulan puasa. Kalau tak mau terus rasa kering tekak ni... hehehe...

Selamat berpuasa buat Mat sekeluarga ye... Mohon maaf kalau ada silap dan salah.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.