BEN ASHAARI

Friday, June 8, 2012

YANG PEDAS-PEDAS BELAKA.....AIRRR!!!...

rsz_dsc_1902

Salam Jumaat semua, semalam mat cuti berblog sebab ikut abang dan bonda ke Mersing (teringat aku blogger ini, bila sebut Mersing..anak tokey kilang air batu nih, jangan memain woo!). Melawat saudara tua yang kurang sehat. Alhamdulillah mereka hanya sakit2 biasa, maklumlah warga emas. Yang suami berusia 92 tahun, isteri pulak 85 tahun (kalau tak silap mat). Lepas tu pergi juga ke Endau melihat2 kalau ada ikan segar, sekarang ni musim takde ikan, dapatlah ikan selar besar, udang, sotong dan ketam (semua ubat kolestro tu...grrr). Mat kan selalu kalau pi mana2, terutama destinasi yang agak jauh sedikit, dan kalau nampak apa yang boleh dibeli, wajib beli. Bukan apa, kalau sekadar melihat2 begitu sahaja, membazir duit minyak dan masa. Kalau nak tengok2 baik tengok kat gambar. Sebenarnya semalam ada entri, cuma tak sempat nak masukkan ke blog, tapi entri cap ayam sajalah bukan yang vogue2. Hari ni mat masak yang pedas2, tapi bukan lah sampai berasap...minum air insya Allah reda sudah itu kepanasan...Kenapa mat kata macam tu?. Anda sendiri pun nampak dah....ok kita sambung cerita di bawah....

rsz_dsc_1914rsz_dsc_1922
Mula2 mat masak sambal tumis sotong, walaupun tak boleh makan, tapi mat masak juga untuk mereka2 yang boleh makan. Ini sambal sotong biasa seperti anda2 buat juga. Sebab sotong tu tak banyak kurang jadi bahan rencah dia mat tumbuk dengan lesung saja. Macam biasa saja, guna bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan belacan. Cili kisar dalam 1 1/2 senduk nasi, jus asam jawa (yang ni anda agak2 lah yea), garam dan gula. Kalau kurang pasti anda boleh cari dalam entri lepas. Lepas tu mat goreng daun meranti, pagi tadi Bak pergi pasar tani di Simpang Renggam, dia beli 2 ikat daun meranti dan seperti biasa suruh masak tumis dengan udang. Nasib baik senang....legaaa ceQ....

rsz_dsc_1921rsz_dsc_1932
Semalam juga kami bawak balik buah kuini dari Mersing, pemberian teman abang mat. Jadi mat buat sambal belacan buah kuini, perghh pedas lagi meleleh ok, cili padi sepenuhnya takde cili merah. Dan akhir sekali nak menghabiskan baki kepala ikan, mat masak sekali lagi...asam pedas kepala ikan dengan sawi jeruk....tak sudah2 asam pedas, hmm nak masak kari majoriti menolak, jadi asam pedas saja lah. Nak masak ni biar semua orang makan, baru elok, kalau masak yang orang tak nak, dahh tak habis. Ok sebab ini resipi yang biasa sangat dah, resipi mat tak sertakan lah yea, apa2 pun terima kasih sudi singgah dan membaca coretan entri ini....Assalammualaikum dan selamat menjamu selera semua...

12 comments:

Jiji-Fify said...

hussss husss husss. *air liur bertakung dalam mulut*
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

faa.rosli said...

ni mkn plak ngan nasi panas..perghhh..

hot n spicy!

Iffah Afeefah said...

ikut selera la kan pcm

membazir tak elok

Amie said...

Mat, kalau mengadap hidangan pedaskan, Amie memang sediakan air panas (lebih panas dari suam), tak mahu air sejuk atau ada ais, sebab kalau tengah pedas, minum panas... waduh! Memang menyengat tapi terus hilang pedassssss....

kayrul-shah said...

semuanya nampak sedap..kalau hari-hari hadap makanan pedas nie maunya buasie...hehhee

Teratai Biru said...

CMG lagi pedas lagi berdesoot.. lepas makan duduk bawah kipas.. bukak speed paling laju hehehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

yang pedas tulah menambah selera... lagilah kalau dilawankan dengan teh o panas..

Uishh!! Anak tokey kilang ais tu.. macam kenal jer.. hihi

FnF Simple Life said...

Wah...famili FnF pun suka yang pedas2...baru best dan berselera makan...tp kena buat gak sejenis lauk tak pedas utk budak2

zul said...

Support WWF dalam mencegah kepupusan PENYU LINK PADA WEBISTE INI

Azrey Rozie Eiman said...

Pedas2 tu yg sedap :)

Unknown said...

Sedapnya mat. Terliur saya. Best mkn makanan yg dimasak dgn kasih syg.

momma said...

uik mat banyak nye lauk, pedas2 lagi, makin bertambah-tambah la makan nasi tu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.