BEN ASHAARI

Saturday, June 2, 2012

SULUR KELADI MASAK ASAM.

rsz_dsc_1201
Makan sulur keladi? Walaupun mat tak masak yang berat2, tapi kena juga masak sulur keladi, memandangkan bonda dah siang siap siang awal2 lagi, kena lah masakan, tapi yang ni mat masak semalam. Sulur keladi yang ini diambik dari kebun. Kadang2 sulur keladi masalahnya ialah gatal ketika dimakan, bergantung pada nasib juga. Mat pun dah beberapa kali kena, bila masak, dan makan rasa gatal dan meretip2 kat tekak, kalau yang serius sampai ke bibir rasa miang. Tapi yang ni nasib baik ok. Selain dimasak asam, sedap juga digoreng pedas atau dibuat sambal tumis. Kalau masak asam macam ni, ikan masin menjadi pilihan, dan yang paling kerap mat guna selain tulang ikan kurau yang masih berdaging, ialah ikan pari masin. Tapi perlu direndam sekurang2nya 25 minit. Untuk resipi ini mat tumis guna sedikit minyak dan seperti biasa kalau masak asam jenis ini, selalunya asam keping atau asam gelugor diguna pakai. Lepas tu daun kunyit sebagai penambag aroma. Ia lebih ke arah asam rebus tapi bertumis. Kalau tak nak guna sulur keladi, batang keladi juga boleh, nenas, terung waima kacang panjang pun anda boleh masak seperti ini...Resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak sulur keladi, atau beli yang telah siap dibersihkan, ada jual di pasar tani atau pasar basah
2 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 keping asam gelugor
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 25 minit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sulur keladi yang perlu dikikis kulit luarnya, kemudian kerat pendek. Atau guna yang telah siap dibersihkan. Celur dalam air panas yang diletak 1 keping asam gelugor hingga sulur keladi sedikit lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan masukkan tulang ikan kurau masin. Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan bunga kantan.
  3. Tambah sulur keladi dan daun kunyit. Biar mendidih perlahan. Tambah sedikit garam dan gula atau secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

3 comments:

Nur-nba said...

Salam.. Sedap sulur keladi, dah lama benar tak makan. Dulu masa kecil, bonda selalu masak menu ni..

shameel Iskandar said...

Salam kunjungan.
Dulu waktu dok kt kg, selalu jugak mak masak sulur keladi ni. Rindu sulur keladi bila lihat kat sini

LiTtLe^m3 said...

lauk samalah.. mak kita masakkan jumaat lepas.. request anakanda pulang ke kampung kan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.