BEN ASHAARI

Thursday, June 14, 2012

SPAGHETTI OLIO....SPAGHETTI OLIO....

rsz_dsc_2412
Ini masak pagi tadi untuk sarapan. Tapi saja lah letak lewat sikit kat blog. Banyak2 spaghetti, style macam ni mat suka. Sebab rasa dia asli dan senang banget nak masak, campak2 jee dan tambah apa saja yang anda suka. Kalau goreng spaghetti, minyak zaitun adalah paling sesuai, tapi boleh juga guna minyak masak biasa. Minyak zaitun berkhasiat tinggi dan mengandungi lemak tak tepu atau mono unsaturated fat, jadi ia baik untuk jantung. Untuk resipi spaghetti olio ni mat guna Extra Virgin Olive Oil (EVOO), kalau untuk masak biasa, boleh guna minyak zaitun biasa yang warna dia lebih kekuningan. Kalau EVOO warna dia hijau kekuningan dan sedikit pekat. Resipi mudah seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti, rebus hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti
3 - 4 ekor udang, kupas kulitnya (mat guna 1 ekor udang besar, dan mat kerat kecil)
4 biji black olive, kerat 2 setiap sebiji
4 biji green olive, kerat 2 setiap sebiji
2 keping anchovies dalam botol, cincang halus (tulis"achovies dalam botol" kat google dan cari..ok)
7 - 8 biji jeruk capers
1 biji bawang Holland saiz sederhana, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato cincang halus
1 camca teh chili flakes
Serbuk lada hitam secukupnya (mat guna jenama "aji-shio")
1/2 camca teh herba Thyme kering (kalau dapat yang segar lagi bagus)
Garam secukup rasa (mat tak letak sebab serbuk lada hitam tu dah ada garam dan "anchovies" tu juga dah masin)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (mat guna non-stick pan). Tumis bawang holland, tomato cincang dan bawang putih hingga layu, masukkan anchovies cincang, buah zaitun hijau dan hitam serta jeruk capers. Kacau rata, masak dengan api sederhana.
  2. Tambah chili flakes dan udang. Masak hingga udang berubah warna. Masuk herba thyme dan spaghetti, gaul rata2. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan segera...

14 comments:

Iffah Afeefah said...

xske sngt spgetti

Mat Gebu said...

@ iffah - kena suka gak, kan nko nak kawen org Itali dgr ceritanya...betul eks?

inahar ali said...

perghhhh..i loiikke!! umah akak dh abiss kenen mat punyer lak sepiring..hehe!

arina abdullah said...

asal adik beradik tiri spageti bolognaise sume i suke..xmkn nasi pon xpe ;)

Tina Othman said...

sedapnya

saya pun minat olio, simple & tak muak, tapi mesti letak cili api sikit hehe, jadi olio kg =)

ADfeez said...

temptingnya tgk ;D

becky said...

abang mat gebu, boleh anchovies tu di ganti ngan yg lain...

Shima Chee said...

sedap nmpknyer .......mesti cuba ni....

Yatie said...

amboiiiii menu omputihlah Che Mat...sesekali layan menu mcm ni mmng sedapkan...nyum2...

Rozuan Ismail said...

peveret sy spaghetti

Iam Yanty said...

fav .... ni!!

aDisH.sHidA said...

malam td pun wat spghti tp ttau spghti apa main campak je hahaha

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

mak aiii...sodapnyerrr...!! (+_+)

syud abady said...

wee~sedap~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.