BEN ASHAARI

Wednesday, June 6, 2012

SAMBAL TERUNG MASAM MANIS

rsz_dsc_1699
Salam, sehat ke semua, tu jelah kan soalan si mat ni kalau menulis entri..hmm tatau nak tanya apa, kang tanya soalan bukan2, ada yang inbox carut2 lagi...tak nak lah macam tu, yea tak. Tadi siang mat nampak ada terung biru sebiji dalam peti sejuk. Nasib baik masih elok, kadang2 mat ni beli, lepas tu macam terlepas pandang. Kiranya aku ni dalam kategori pembeli yang kurang berhemah kan..erkk. Jadi tadi mat buat sambal, tapi ala2 sweet sour. Mat letak sedikit taucho dan untuk rasa masam, mat tambah jus limau kasturi. Terung tu mat goreng dengan sedikit minyak zaitun, bukan goreng terendam, tapi cuma goreng balik2 dalam non-stick frying pan hingga kelihata layu, lepas tu angkat. Bila dan siap sambal, masukkan terung, balik2kan dan boleh alih dalam bekas. Ikan bilis goreng sebagai hiasan, optional lah nak letak boleh, tak letak pun takpe. Kita semak resipi, tapi serius ni resipi biasa saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru (kalau terung kecik, guna dua)
1/2 camca besar taucho
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa (garam tu optional)
Sedikit air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Sedikit ikan bilis goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit hirisan halia
1 batang serai, hiris halus
4 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar wangi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibelah dua kemudian kerat kepada tiga bahagian, belah dua lagi untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram. Ketepikan (Jika terung kecik, kerat dua untuk setiap satu). Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, toskan terung dan goreng dengan api sederhana hingga terung perang dan lembut sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tauco dan tumis sekejap lagi. Tuang sedikit air, masak hingga pekat. Tambah gula secukup rasa dan jus limau kasturi. Kacau rata.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan terung, gaul rata dan matikan api. Alih dalam bekas sesuai, tabur ikan bilis goreng, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan panas bersama nasi...

11 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

waahhh senang laa ade blog msak2 cm ni...TQ info..

Iffah Afeefah said...

y ni cm besss

wahhh knpla kmlsn nk msk n makan

Kjee said...

sooooo gudddd!

faa.rosli said...

ya allah..dah jadi addict dgn terung berlado ni..sedapnyerr..

ibundo said...

sedapnya.. my feveret terung ni.

SP (spudinpunya) said...

walaupun tak minat terung tapi nampak sedap ni..ada depan mata, balun je.haha

FnF Simple Life said...

salam CMG...dulu2 mak selalu buat terung masak sambal mcm ni sbb abah suka...kami adik beradik sume tak suka makan...tapi bila dah semakin dewasa pandai la pulak makan terung... esp smbal terung...sedapnye...

Rina Herbalife said...

alahai masuk sini mesti kecur air liur. kena tahan godaan sbb tengah berdiet. huhu

Masdiq Enterprise said...

nak buat la utk dinner mlm nie. thanks CMG :)

JembalCastle said...

salam perkenalan...tq up kan resepi favorite saya..tq so much

Lily Jaafar said...

aha! ini menarik...x pernah dengar lagi arwah omak den buek...eh tibe tibe den jadi minang :))))

salam sabtu abg mat.;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.