BEN ASHAARI

Sunday, June 3, 2012

MENU AHAD YANG SERBA RINGKAS...

rsz_dsc_1309
Salam Sabtu semua, assalammualaikum. Baru dapat nak update, musim cuti sekolah ni pasti banyak undangan majlis perkahwinan. Tak lupa selamat pengantin baru untuk blogger Laily Qaisyriah yang melangsungkan perkahwinan nya hari ini, moga kerukunan rumahtangga berliau dan suami diberkati Allah swt dan dikurinakan anak yang soleh dan solehah. Hmmm dalam masa sama, mat ucapkan takziah juga untuk sedara terdekat mat yang mana suami beliau meninggal dunia malam tadi, arwah terlantar sakit kurang lebih sebulan. Petang semalam kami pergi menziarahi beliau, dan malam tu dapat panggila kata dia dah meninggal, al-fatihah. Begitu lah adat dunia, manusia silih berganti, lahir yang baru, yang lama pergi. Hari ni kan, mat macam sibuk lah. Lepas masak tadi merajin2kan diri cuci longkang kat depan rumah, lepas tu buat benda2 lain, tapi masih tak nampak kemas juga..grrr...geram lah, tatau bila barang2 yang bersepah tu nak habis, kalau ikut mat, aku kasi masuk dalam api perun, habis cerita, tapi takut nanti big boss marah pulak...hmmm, pening lah pala....Jom lah kita bercerita pasal masak2 di dapur mat gebu.

rsz_dsc_1344rsz_dsc_1337
Pagi tadi mat memang plan nak masak asam pedas ikan pari dan bonda tanya juga, nak campur apa dalam asam pedas tu, hmm, mat kata tomato je lah, dia bagi cadangan suruh taruk nenas, jadi mat ok sajalah, guna nenas Sarawak yang big boss tanam depan rumah, besar saiznya, jadi mat guna 1/2 bahagian, dah lah tu manis pulak (takutttnyaaaaa). Tapi bonda kata no daum kesom, bunga kantan, ok. Jadi ikut sajalah. Lepas tu mat goreng kacang panjang letak udang dan soo hoon. Yang ni big boss suka, tu pun tadi macam nak ura2 sebut sambal goreng pulak..huhu...takpelah, bahan2 ada insya Allah mat gebu buatkan...kann...

rsz_dsc_1329rsz_dsc_1333
Dan, sempat lagi tumbuk sambal belacan, well, tengok lah sapa yang masak, tak gitu..hehe, sori, sambal belacan tu bonda yang tumbuk, mat nak tumbuk tadi, bonda kata pi buat kerja lain, biar aku buat sambal belacan...huhu Baekkklahhhh!!!, tu je jawapan yang mat boleh bagi. Kemudian dengan rajinnya, bonda kupas juga jering yang berbaki beberapa biji itu. Yang ni mat tak makan, jadi pandang dari jauh saja. Jadi itu sahajalah masakan dan hidangan ringkas dari dapur mat gebu untuk Ahad ini, Anda pulak makan apa?.....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU. Insya Allah nanti mat up kan entri asam pedas tu nanti yeaa...

6 comments:

Iffah Afeefah said...

Jadi itu sahajalah masakan dan hidangan ringkas dari dapur mat gebu untuk Sabtu ini'''


jgn lpe betolkan

Mat Gebu said...

@ Iffah....grrr....ok ok editt kejap..grrr..nak kena miss ran nih!!..haha

Iffah Afeefah said...

ehhh garang lak dia hahahaah

Iffah Afeefah said...

upan ngn upkan same eh pcm?
#xde keje

Lyeaa said...

emmmhh.....sedapnya...selera kampong..

geraugebang said...

Ini macam masakan mak saya...kalau balik kampung...inilah pesen lauknya...Sah memang orang Johhor

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.