BEN ASHAARI

Saturday, June 2, 2012

JEMPUT MAKAN...ERKK MAGGI JE KE?..

rsz_dsc_1251
Salam tengah hari semua, dah siap masak?...Mat hari ni malas masak, tapi ada lah masak yang sempoi. Tapikan dah tengah hari tadi masih lom sarapan, tiba2 macam terlapar pulak, bila terlapar jadilah terrajin. Bila fikir2 benda lama yang dah lama aku tak makan eks, sekali teringa Maggi..ha ah kan, lama tak menyantap mi maggi. Jadi tengok dalam stor doraemon, ada pulak stok maggi kari, wah, berkobar2 terus nak masak. Bila mat masak maggi, jarang main lebur saja, mesti nak tambah sesuatu kasi dia lebih menawan. Ada stok ayam, mat ambik sikit, letak sayur2an, telur dan mat tambah sedikit sambal tumis kasi dia berasap. Serbuk lada hitam juga mat taburkan sedikit. Masak ni ikut lah gaya kita sendiri, kalau nak letak apa saja boleh, udang, sotong, waima ketam pun boleh...sebab akhirnya kita juga yang makan, cuma jangan ter lampau sudahlah, biar nampak seimbang dengan kuantiti maggi yang kita guna. Dan sebelum mat tulis resipi, boleh anda tolong jiran mat tak?.. Mesti ada yang sudi yea dak?..Kalau sudi anda klik sini dan ikut arahan mudah tu yea. Terima kasih banyak2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
2 kuntum cendawan tiram, disiat kecil
1 pelepah sawi putih, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
1/2 keping dada ayam, hiris nipis, cuci dan toskan*
1/3 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul dan perap)
1 biji telur
1 camca teh sambal tumis (optional)
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
Serbuk lada hitam secukupnya
2 cawan air atau lebih
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Limau kasturi, untuk hiasan
Sedikit taugeh, buang ekor dan cuci, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi, masak hingga ayam berubah warna. Tambah sambal tumis dan tuang air. Kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi, kacau lagi dan biar mendidih.
  2. Perlahankan api. Pecahkan telur dan berhati2 agar kuning dia sempurna. Biar telur mengeras. Tambah batang sawi dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan  mi maggi dan kacau perlahan2. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi. Masak hingga mi lembut.
  3. Tambah daun sawi, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam mangkuk sesuai, tabur lada hitam, hirisan daun bawang, bawang goreng, taugeh dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan.....Meleleh ok...

10 comments:

amengs88 said...

perghhh...walaupun meggi je,,, tapi kalau masak sedap tetap sedap... boleh cube masakan ni... hehehehe actually, sya da follow akak... nti lawat n follow la klu sudi kat blog newborn sya... hehehehe

azmengs.blogspot.com

Isteri Encek Bard said...

baru lepas beberapa hari memagie gak cik mat. IEB ni klu maggi kari emmang taksuka rebus korang jer... jadi haruslah menumis bagai bubuh harta karun bagai, barulahs emangat nak makan

Rozuan Ismail said...

magginya pon nampak sedap cukop lengkap.huhu

Aine Ainun said...

megi pon sedap makn sesekali...=))

ishy77 said...

sy suka megi, kamu suka megi, anda suka megi..lalala.. semua suka megi

Nora Talib said...

megi pn megilah. sedap apa.....:)

Hafizin Jamil said...

makanan orang bujang yang dimakeup sepesel skit..hehe

mamasuri said...

maggi biasa pun balun best..inikan pulak byk rencah2 nyer..nyum2..

mummy Ayda said...

masyaallah maggi pon sedap, TQ cik mat give mummy idea nak masak for my kids

CINTA UNTUK KITA said...

megi pun sodap what..huhu :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.