BEN ASHAARI

Saturday, June 9, 2012

IKAN PARI BAKAR SAMBAL BUNGA KANTAN.

rsz_dsc_2029
Selamat petang, assalammualaikum. Hari ni Sabtu kan, mesti ramai yang ada undangan majlis2 perkahwinan, dan hari ni juga sepupu mat melangsungkan perkahwinan anak beliau (pangkat anak buah aku lah kan). Mat hari ni atas permintaan masak lemak putih pucuk ubi dengan tempe (yang tu nanti mat masukkan entri dia) dan mat pulak bakar ikan pari, guna sambal yang dibuat dulu, kemudian lumur pada ikan pari yang telah dibersihkan dan diperap dengan limau kasturi, kemudian dibakut dengan daun pisang dan dibaker. Mat guna ikan pari kecil, atau tuka, dan ikan pari yang mat guna jenis ikan pari daun. Ianya lembut dan daging nya sedap. Ikan pari daun atas badannya ada tompokan bewarna hijau kebiruan. Selalunya kalau mat beli ikan pari, mat akan cium, jika baunya kurang enak dan hancing, mat tak beli, takut menjejaskan rasa masakan kita kelak. Resipi seperti dibawah...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari "tuka" jenis pari daun (ikan pari kecil, bersaiz  9 inci)
Hirisan halus bunga dari 1/2 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1/3 cawan pati santan
Daun pisang secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

rsz_p1310244rsz_p1310246rsz_p1310247
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali, toskan. Sementara itu kita buat bahan sambal pulak.
  2. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK IKAN PARI BAKAR BUNGA KANTAN :- Ambil sehelai daun pisang, jika guna daun pisang yang agak tua, layur dulu atas api untuk mengelakkan ia pecah semasa membungkus nanti. Bentang daun pisang. Ceduk 1 camca besar sambal. Ratakan atas daun pisang, ambil 2 keping ikan pari, lap kering dengan paper towel, dan letak atas sambal tadi (seperti dalam gambar).
  4. Sapu atasnya dengan 1 camca besar penuh sambal hingga rata. Tabur dengan 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 8 -10 minit untuk setiap bahagian. Mat bakar dalam kuali ajaib seperti anda nampak dalam gambar diatas. Bila masak hidangkan dengan belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Sedap dimakan panas2....

4 comments:

wany said...

hmm,yummmyy !!

puteri rimba said...

nak try lah...sedapnyaaa....

MekNa said...

Adussss..menyelerakan CMG...

faa.rosli said...

eh . nenek faa pon ade kuali ajaib ni. faa buat kek pisang bakar lam tu. menjadi. hehe. jom laa tgk kalo sudi.

http://faafeefoo.blogspot.com/2012/06/grilled-banana-cake-grilled-method.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.