MASAK LEMAK PUTIH PUCUK UBI & TEMPE.

rsz_dsc_2004
Orang Melayu kita tak boleh dipisahkan dengan santan kelapa. Walaupun dari segi kesihatan ia agak kurang menyihatkan, namun tetap menjadi pilihan. Orang2 peranakan cina juga banyak menggunakan santan dalam masakan mereka, ini kerana pengaruh orang2 melayu dalam budaya kehidupan mereka. Di zaman dahulu, orang2 melayu memasak menggunakan bahan2 yang ada disekitar mereka. Memandangkan pohon kelapa tumbuh subur dan menghasilkan santan, maka ia digunakan pakai sebagai salah satu bahan masakan utama. Tapi apa lah makna jika kueh2 melayu tanpa santan. Nasi lemak tanpa santan atau pulut kuning yang dimasak secara jalan mudah. Apa2 sekali pun ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana. Bila menjelang hari raya, kegunaan santan meningkat berkali ganda...lagi mengerikan yea dak?.. Macam hari ni mat masak lemak putih pucuk ubi dengan tempe. Ada orang tak biasa, tapi kalau kami di Johor, benda2 ini sudah menjadi kebiasaan sahaja. Masakkan seperti ini ada regunya, ikan masin/ikan goreng dan sambal belacan wajib ada. Kalau tak hilang serinya. Rasanya mat dah banyak kali letak resipi macam ni kat blog...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi
3 batang serai, dititik
1500 ml santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
3 keping tempe berbungkus daun, didadu besar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucu ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Rebus dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam hingga pucuk ubi 1/2 lembut. Toskan dan cuci bawah air paip. Perah dan hiris pucuk ubi tadi dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai titik, bawang besar, hiris, bawang putih dan udang kering. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan tambah tempe. Masak hingga pucuk ubi lembut. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air.
  3. Tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...

Post a Comment

2 Comments

  1. kombinasi yang mantap!
    Masak lemak pucuk ubi, sambal belacan, ikan masin.

    Cukup sedap.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya byk pakar kesihatan makanan asli (natural foods) orang puteh sekarang ni byk guna santan kelapa dan even TEPUNG kelapa dalam hidupan harian. Sebab kelapa is a good source of energy.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.