BEN ASHAARI

Saturday, June 9, 2012

CERITA PENUH RAHSIA....OTAK-OTAK DAN SATAR..

endau..

Endau atau "Padang Endau" terletak di hujung utara timur Negeri Johor dan  hujung selatan Negeri Pahang. Endau merupakan sebuah bandar kecil namun terkenal sebagai salah satu pelabuhan2 terbesar perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Endau sendiri bersempadan antara dua negeri, Johor dan Pahang, oleh yang demikian wujudnya Endau Johor dan Endau Pahang namun dari segi pentadbiran Endau sebenarnya sebuah bandar dan mukim dalam Negeri Johor. Pada zaman dahulu perkhidmatan feri tunda digunapakai sebagai pengangkutan utama untuk melintasi sungai Endau, namun dalam tahun 1970, satu jambatan telah dibina untuk merentasi sungai Endau. Menara jam juga turut dibina di tebing utara sungai Endau berhampiran jambatan sungai Endau di sebelah negeri Pahang yang lebih dikenali sebagai Tanjung Gemok dan terdapat juga jeti nelayan di sini....sumber : Wikipedia...

Nama "Endau" itu dikatakan diambil sempenan nama seorang peranakan India yang menetap di situ, walaupun pembukaan Endau dibuat oleh Dato' Moha Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Kebetulan mat ikut abang dan bonda melawat saudara tua di Mersing dan juga melawat teman abang mat yang kurang sihat di Endau. Terlanjur ke sana, jadi singgah lah untuk melihat2 dan juga agenda wajib, ke pasar, cuma masa tu bukan musim ikan, jadi mat takde mood nak ambik gambar di tempat ikan. Tapi tak jauh dari rumah teman abang mat (nama tempat dia Belukar Juling), terdapat pantai dan juga tempat nelayan bot kecil berlabuh, hmm nyaman dan penuh misteri terutama ada rangka bot pecah tersangkut dibatu berhampiran pantai dan juga kawasan perkuburannya betul2 berhampiran pantai....ala2 cerita lanun pun ada....kot2 lah kan ada harta karun atau pinggan mangkuk lama....perghh!..pengsannn....

penyabong
Kita ke Pantai Penyabong pulak. Dah lalu singgah saja lah kan. Hari tu bonda berpuasa jadi singgah beli otak2 dan satar ikan. Sebab tempat2 ini terletak di bahagian pantai timur, maka makanan mereka juga ada pengaruh dari negeri2 pantai timur terutama Pahang dan Terengganu. Nama Pantai Penyabong dulu ialah Pantai Pasir Lanun, ini kerana kawasan pantainya agak terlindung dan digunakan oleh para lanun untuk berlindung dan mendapat bekalan air tawar. Nama "Penyabong" itu sendiri diambil sempena aktiviti "sabong" ayam yang sering dilakukan oleh para lanun ketika dahulu..

Bercerita pasal otak2 dan satar, terdapat satu kedai yang agak menarik, dan boleh dikatakan kerap dikungjungi pelanggan, lariss!!. Otak2 di sini agak berbeza dari Otak2 Kempas atau Gelang Patah. Dari apa mat rasa, otak2 dia kurang tepung, lebih isi ikan, harum, cuma sedikit manis tapi dari segi teksture otak2 di Penyabong lagi sedap, dan nampak kepingan2 ikan. Kalau di Johor Baharu, otak2 dia warna kemerahan (macam letak kaler jee kan), kenyal (ada kemungkinan tepung lebih) dan isi otak2 dia takdelah banyak sangat, macam satu sapuan nipis saja, tapi yang ini, serius penuh isinya. Satar dia pun ok, sedap. Cuma satu mat suka dia bakar atas bara api ala2 "hardcore"...bukan guna tempat panggang yang nampak "formal"....hmmm harum dan segar...Kalau anda nak beli otak2 yang belum dibakar untuk dibawa pulang pun ada...Harga berapa eks (sebab yang tukang beli abang mat).., tak pasti pulak tapi kot2 lah nak test cuba, anda boleh hubungi Puan Wati (016 - 7123247) dan Kedai beliau (07 - 7944164)....Otak-Otak Penyabong (seperti gambar di atas)...Ok tu saja.....Assalammualaikum..

9 comments:

Iffah Afeefah said...

otak2 johor nye org kte sedap

FatihaNur said...

otak2 johir dan satar mmg tersangat sedap sbb semalam br je makan...hikhik...

johornye mmg de best.....

faa.rosli said...

otak2 n sata kt Johor xpenah rase lg, tp bg faa otak2 best kat Melaka n sata paling best kat Kemaman, Trg..hihi

mademoiselle ten said...

Paling suka otak2 lokman pernah cuba di MAHA

Amie said...

suka otak2 & satar tapi jarang jumpa ... kena buat sendiri! Sambil panggang sambil makan...sodap!

maszull said...

assalamualaikum cikmat...sedapnya tengok otak2 n sata tu ...

om kita pekena otak2 n sata ni...:)

j.u.l.i.e said...

salam singgah mat gebu...
saya org endau...
welcome to my kampung...
jgn serik dtg ke sana lg yer...

cheers!

-julie-

retna yusof said...

Laaaaa igt ko nak ajar buat otak-otak... :p

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pantai penyabong adalah pantai yang kerap kami sekeluarga pegi tiap kali ada cuti panjang. pernah juga 2, 3 kali pegi sana & berkhemah (tidor kat sana) masa cuti hari merdeka. meriah sangat2 & sangat2 best!!

memang takleh lepaskan peluang utk menjamu otak2 & satar kalau ke penyabong. masa musim ketam.. kami borong ketam dari nelayan pastu rebus & ratah je kat pantai tu.. seronok betul.. ketam murah!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.