BEN ASHAARI

Sunday, June 3, 2012

ASAM PEDAS PARI DENGAN NENAS

rsz_dsc_1371

Nampak pekatkan asam pedas tu, sebenarnya tak letak daun kesom, yang tu cuma hiasan sahaja. Mat cuma letak bunga kantan saja. Kalau asam pedas pilihan mat sudah pasti ikan pari atau ikan kembong, tapi ikan tenggiri, ikan merah juga sedap. Daun kesom, bunga kantan antara elimen utama asam pedas, cuma ada yang suka dan ada yang tak. Kalau mat, semua ok, cuma jika anda masak asam pedas ikan duri atau ikan sembilang, memang disarankan sangat2 letak daun kesom, ini kerana ia akan mematikan bau atau rasa keikanan pada si duri atau si sembilang tadi. Satu lagi mat suka letak lada hitam, tapi yang ni optional lah yea, takut ada yang tak tahan nanti. Lada hitam bukan pedas menyengat tapi dia hangat dan berhaba, elok untuk membuang angin dalam badan. Nenas tu anda boleh ganti dengan terung, bendi atau sawi jeruk. Kalau tak nak letak apa2 pun boleh. Resipi seperti biasa saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari, mat guna jenis pari daun
1/2 biji nenas Sarawak, kupas dan hiris (boleh guna nenas madu)
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 cawan air asam atau secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 camca teh lada hitam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari dikerat ikut suka, cuci dan perap sekejap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi. Kemudian cuci kembali hingga bersih. Ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan masak lagi hingga cili garing dan terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan juga jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih. Masuk ikan pari dan nenas tadi, kacau perlahan. Tambah bunga kantan dan masak hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

4 comments:

Iffah Afeefah said...

sharian tak mkn nsi

SP (spudinpunya) said...

sedapnya ni SP terliur dah ..take note..nak jadi masterchef :D

cuada said...

terliurrrrr..alahai abang mat..

maszull said...

assalamualaikum cik mat...sedapnya bila tengok asam pedas tu terliur je...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.