BEN ASHAARI

Thursday, June 21, 2012

APAM LABU....AKHIRNYA....

rsz_dsc_3191

Dah seminggu rasanya mat simpan angan2 nak buat apam labu, sampai labu habis ku buat benda lain. Kemudian beli lagi sebiji, dan mat simpan sedikit dalam peti sejuk sampai kecut, nasib baik molek lagi, cuma sebahagian kecil saja yang kecut. Hari ni mat buat, mula2 tadi memang malas nak buat, lagi pun mat belum ok sangat, walaupun dah dalam kategori pulih. Kat ulu hati tu masih ada sengal2 sedikit. Tapi tidak lah sakit macam semalam. Mat buat 1/2 dari adunan asal dan banyak mana anda dapat tu bergantung pada saiz acuan yang kita guna. Kalau besar, maka dapat sikit, kalau comey, dapat lebih, kalau pakai loyang dapat 1 saja tapi saiz king kong...

rsz_dsc_3212
Sedap ke apam labu ni?...Sedap...kalau makan dengan kelapa tu lagi sedap, makan macam tu saja pun sedap. Warna kuning tu asli bukan tambah apa2 pewarna. Apam ni lembut dan gebu. Resipi mat ambik dari blog Kak Ummi Kuantan di sini. Ini resipi olahan beliau dari resipi asal apam keledek. Dan hasilnya sungguh sedap. Selain tu, geng2 masak ramai dah mencuba dan tu tandanya ia memang sedap...Ok lah takde apa nak cerita lagi kita lihat resipi. Terima kasih pada Kak Ummi kerana sudi berkongsi resipi olahan beliau ini. 

BAHAN "A" :-)
3 camca besar tepung gandum
2 camca teh instant yeast
1 camca teh gula kastor
3 camca besar air suam

BAHAN "B" :-)
240 gram labu manis, kukus atau rebus dan lecek halus
150 gram gula kastor
1 biji telur
150 ml pati santan
1 camca teh esen vanilla (mat tambah)

BAHAN "C" :-)
200 gram tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder

Kelapa parut putih secukupnya dan sedikit garam, gaul rata dan kukus sekejap.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan A kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan semua bahan B, kacau hingga sebati. Tambah bahan C, gaul hingga tidak berbintil2. Tutup mangkuk dengan plastik cling dan perap 1 jam (atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih).
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan yang anda suka, sapu sedikit minyak atau alas acuan tadi dengan paper cup. Sudukan 3/4 penuh acuan apam (kalau dulu bancuhan tadi). Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 15 - 18 minit, jika guna acuan kecil2.
  3. Biar sejuk sekejap, keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut. Sesuai untuk minum petang atau sarapan. Makan tanpa kelapa juga sedap....Selamat mencuba!!..


19 comments:

Yuyu Zulaikha said...

:'( suka buat orang lapar. nyampah la pok cik mat tak berapa gebu ni :(

Coretan anuar said...

Sedapnya Apam Labu ni...

Tak sanggup nak tenung lama-lama.. Lebih baik saya pergi makan nasi dulu..

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Iffah Afeefah said...

terasa nak makan bile tgk

grrr

Rozuan Ismail said...

comel je tgk apam labu ni =)

Sis Lin said...

Perghhh menjadi juga ye!
Bak mai 4 ketul...simpan ye, esok pagi aku dtg hehehhe

Yatie said...

alalalalala...comelnya apam labu che mat ni..terliur je dibuatnya...sblm ni dah pernah buat gak, mmng lembut sangat...sok kalau rajin akak buatlah..kalau makan apam ni, mmng tak cukup seketul..maunya berketul2..he3..

Rima said...

Dah lama nak buat si apam labu ni.. tak terbuat buat.. ni i hv 3 biji labu that i bought kat CH.. harus lah ku buat this weekend.. :o)

Azrey Rozie Eiman said...

Uishh... kaler kuning mengancam!

zulfikar hazri said...

tembamnya apam.. pap pap pap!

Emma said...

wokmai sini sikit oiii

Ummi said...

Waaaaaaaahh apam labu jantanzz buat mmg xleh mekar2 eh....kalau akak buat dia merekah je memanjang...maybe penggunaan acuan jgk eh Mat... apapun apam labu mu cantik menguning... ^__^

maszull said...

assalamualaikum cik mat....alamak menawan hati betul la....cantik nye rupa apam tu nak sikit la mesti sedap ni..;)

Herbalife Fordiet said...

sedapnya.
add this blog to my bloglist, propose by Adzriel AB.

nas'lin said...

Salam Mat Gebu....
Suka singgah kat Blog nie,
masakan nyer "mengamcam U"
TQ

Angeline Tan said...

Looking nice. Will try this.

Sal said...

Dah cuba tadi utk juadah slps tarawih. Memang sedap. Masa berbuka pun dah tinggal berapa biji je. Anak2 semua suka.

Sal said...

Dah cuba tadi utk juadah slps tarawih. Memang sedap. Masa berbuka pun dah tinggal berapa biji je. Anak2 semua suka.

Sal said...

Dah cuba tadi utk juadah slps tarawih. Memang sedap. Masa berbuka pun dah tinggal berapa biji je. Anak2 semua suka.

Sal said...

Dah cuba tadi utk juadah slps tarawih. Memang sedap. Masa berbuka pun dah tinggal berapa biji je. Anak2 semua suka.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.