BEN ASHAARI

Friday, May 4, 2012

SAMBAL SARDINE AROMA..

rsz_dsc_6434
Macam mat kata tu semalam, dalam entri ini, pasal sambal sardine tu mat letak kendian, ok untuk entri ini mat kongsi resipi sambal sardine aroma tu yea. Mudah dan tidak memeningkan untuk membuatnya. Sebenarnya nak habiskan stok bunga kantan yang tinggal sebatang kara dalam peti sejuk. Ada pulak serai dan daun kunyit, semua kasi masuk, tu nasib baik daun limau purut takde dekat2, kalau tak sekali jalan, semua masuk. Kalau makan dengan nasi lemak pun mat rasa sesuai juga kan. Seperti biasa mat guna sardine Pertima, kalau nak guna Cap Ayam pun boleh. Untuk ini mat cuma guna 3 camca besar sos dia, dan ikan sardine. Untuk rasa asam dia, mat guna jus limau kasturi sebagai ganti asam jawa. Amacam, ada brann mau cuba?..Insya Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.. Jomm undi di sini bagi yang belum mengundi hari ini... Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (mat guna jenama PERTIMA)
1 biji bawang besar, hiris
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 helai daun kunyit, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUH HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keluarkan sardine dari tin, asingkan dari sosnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan serai, lengkuas titik dan cili kisar. Tumis hingga cili garing. Masukkan sos tiram dan masak sekejap.
  2. Tambah 3 camca besar sos dari tin sardine tadi. Kacau rata dan tambah ikan sardine dan hirisan bawang besar, kacau perlahan dan masak dengn api kecil hingga bawang lembut. Tambah jus limau kasuturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..


11 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

akanku cuba nanti!!!

nyummmmm....

Kesuma Angsana said...

Aduhai CMG, one of my favourite dish ni.. rs lapar balik dah!

Coretan anuar said...

Walaupun Sardin, tapi nampak sedap.. Boleh cuba buat dekat rumah ni..

Sis Lin said...

Peberet seisi rumah ni kalau sebut sardin..

Brand Pertima? aku 1st time dengo, selalunya dengo ayam, botan dan cintan je..ko beli kat mana? nmpk besar gak sardinnya tu...

Rozuan Ismail said...

limau kasturi ganti asam jawa. mesti sedap sardin ni, kuah pon nmpk pekat

kakchik@ella said...

wah cik mat .. pestaim kc tgk menu sambal sardin camni. sedap eh cik mat. kc nak cuba lah.

Bicara Kak Noor said...

simple dan sedap nampaknya tu che Mat kantan ada tu belum kena petik lagi boleh lah try

ogyep yummy mellow said...

CMG masak apa pun... asal letak dalam pinggan klasik je... ogyep mesti suka punya... sardin pun sardin lah...

Amie said...

Oh! Sardin.... tambahlah 2 pinggan 1/2 nasi panas!

Me said...

yum yum sedap nya..malam tadi baru makan sambal sardin..tapi guna cilipadi ngan bawak tumbuk tanbah air asam sikit..sedapp gilesss

Azidawati Shafie said...

bunga kantan nk letak time bila ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.