YANG MUDAH-MUDAH SAJA.....

rsz_dsc_3650
Huhu, salam semua, mengantuk gilerrr mata. Pagi tadi seawal jam 4.30 dah bangun, kasi settle keje2, bukan apa, bila dah terjaga, sahh payah nak tidur balik. Sekarang ni mula lah dah macam hapa pun tatau, mata stimmm je. Hari ni masak betul2 yang paling senang dan mudah. Yang ringan saja. Mat masak sup kentang dengan telur dan ada sambal tumis tauhu (yang tu kendian mat letak). Bila tekak kurang enak, masakan mudah macam ni lebih sesuai. Selain ia cepat disiapkan, anda juga boleh pelbagaikan bahan isiannya, samada nak letak udang atau bebola ayam dan bebola ikan, juga sesuai. Boleh dimakan bersama nasi atau dihidangkan begitu sahaja. Untuk menambah perisa, boleh letak sedikit lada hitam dan tabur hirisan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Entri pilihan DTS di sini....Terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 8 setiap biji dan rendam
1/2 batang lobak merah, potong berbaji, rendam
4 -5 kuntum cendawan black fungus segar, kerat kecil
4 biji telur
Fucuk secukupnya, potong kecik dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat penden dan rendam
1 liter stok ayam atau 1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam dan lada hitam kisar secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, dititik
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, hingga harum. Masukkan kentang dan lobak merah (toskan). Kacau rata dan masak sekejap. Tuang stok ayam (jika guna kiub, tuang air secukupnya dan masukkan kiub ayam). Biar mendidih.
  2. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah tadi, pastikan kuning telur tidak pecah dan jangan betindih antara satu sama lain (seelok2nya, pecahkan dalam bekas, kemudian baru letak perlahan2 dalam kuah).
  3. Masak hingga telur mengeras. Kemudian masukkan cendawan dan fucuk, masak hingga fucuk lembut dan tambah soo hoon (toskan). Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit serbuk lada hitam.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup, bawang goreng dan sedikit lagi serbuk lada hitam

Post a Comment

5 Comments

  1. Sesekali yg simple n senang tu sedap sebenarnya...kdg2. Ikan masin, telur dadar n sambal belacan pun boleh naik kan selera...

    ReplyDelete
  2. sedapppppp !!!!
    trueny.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Che Mat,
    yang simple itulah yang sedappp!
    Minta izin guna resepi Laksa Kelantan tu ye Che Mat. Terima kasih.... moga makin murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. sy suka sup abc cm ni ;) amek kentang byk2.. hahaha

    ReplyDelete
  5. CM nak masuk serbuk lada itam ok tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.