BEN ASHAARI

Thursday, April 12, 2012

VADAI / MAGELEK....TASTE OF INDIA..

rsz_dsc_3178
Lepas makan satu, nak lagi, lepas tu nak lagi...last2..tiga ketul jugak masuk dalam mulut mat gebu..huhu, cobaannn. Dari semalam ada perancangan nak buat vadai atau ada gak yang panggil magelek. Buat dia senang saja, tapi hasilnya...hmm, insya Allah sedap. Mat pernah buat sekali dulu dan ada di DTS, resipi pun mat guna yang sama. Penyumbang asal dari Kak Rinchan, di sini. Beliau ni geng masak2 yang pernah berkunjung ke pondok mat dulu bersama2 Mama Zieza dan beberapa orang lagi. Satu kelebihan kita orang2 Malaysia dan Singapura ni, ialah kehidupan dalam kelompok berbilang bangsa, jadi makanan kita pun makin kaya dengan variasi serta dipengaruhi elemen2 dari etnik lain ke dalam masakan itu sendiri.

rsz_dsc_3264
Untuk resipi ini akan menghasilkan antara 24 - 25 keping vadai mengikut saiz yang anda buat. Ada orang tanya, CM tak keras ke vadai ni?. Insya Allah tak keras, mat sendiri pun tak boleh makan yang keras2, jadi kalau mat kata lembut tu, lembut lah. Sedap dimakan begitu sahaja atau kalau nak cicah sos pun boleh. Resipi ni menggunakan 250 gram kacang dhal. Setelah diredam 4 jam, tos dan kisar hingga hancur, mat guna food processor, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun takpe. Membentuknya pun mudah, gunakan plastik bersih untuk membentuk vadai, pastika plastik disapu sedikit minyak. Jadi kalau anda nak cuba buat, resipi seperti di bawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, gunting kecil2
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..

14 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

auwww...peberet

Mat Gebu said...

@ sgsc - hahaha..thank you..

fatin amalina husna said...

sedapnya..dulu org ckp makanan india..tp tgk org lain mkn sedap jaa try rasa sedap plak..keras x brapa sedapkan..kurang rasa kcang dhal tuu..

Azwa Azee said...

CMG, kalau direbus ok ke?

Mat Gebu said...

@ azwa azee - boleh juga rebus, tapi jangan sampai empuk sangat....

Siti_btp said...

sedap! ni suka kuih yg pedas2..
Esok petang kalau panjang umur saya Insya'Allah nak buat..

Terima kasih CMG bagi idea...

Rozuan Ismail said...

cumel je kecik.sedap dan kadang2 bagus jugak bertukar selera

*Arr said...

sedap ni sbb ibu selalu buat. rangup di luar, empuk di dalam:) ad org makan dgn lada mentah kan? terbaik!

-kirah- said...

senang je yer resepinyer...nanti nak try buat la...tp uncle mat gebu, kalau nk rebus, perlu rendam dulu ke?

Ummi said...

Weeeeeeeeeeeeeee....yeennnaaadeeeyyyy, mau vadeeeyy la Thambi....hehe

kakchik@ella said...

mcm senang jer nak membuatnya. nnt kc nak cuba lah cik mat. bwg besar ada, daun kari ada kat pokok, jintan ada, kacang je nak kena beli.

Kak Rose said...

Mat, abesla sudah ko punya mengidam ya? he he he

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

feberet suami akak.. akak pun suka vadai ni.. mat ada tak resepi vadai (ke masalavadai entahlah ye) yang berlubang kat tengah2 tu? kacangnya lebih halus & agak naik mcm letak yis gitu.. mcm nak trylah buat yg tu sbb tak pernah buat lagi.. kalau mat ada resepi bolehlah share yer...

ni nak kabor.. akak dah try laksa lemak nyonya resepi yg mat kongsi.. MARBELESSSS!! TQ very much resepinya yer..

Mialia said...

ahhhh. sedapnye ^^
sy pn suka mnda ni, tpi tak suke yg keras.. hehe..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.