BEN ASHAARI

Monday, April 23, 2012

RENDANG PEDAS ITIK.....KEDEK - KEDEK

rsz_dsc_4675
Salam semua, rendang pedas itik ni bukan baru mat masak, tapi Sabtu lepas. Sepatutnya dah masuk dalam entri tapi atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan, ianya terpaksa ku tunda. Seumur hidup mat ni lah pestime masak itik, kalau makan tu pernah lah sekali dulu, tu pun seketul, sebab nak rasa. Ada orang tak makan itik, sebab berbau hamis katanya. Tapi yang ni pada mat ok saja. Itik yang siap disembelih (opkos HALAL) mat beli di MyDin, sekor dalam RM 21+. Dan yang menyiangnya dah pasti bonda ku. Siap buang kulit lagi. Kena ingat itik tak sama macam ayam dari segi cutting body dia, bahagian belakang itik agak kurang berdaging, tapi bahagian kanan dan kiri dia, yep, berdaging. Peha pun pendek dan dempak, takde lah macam peha ayam. Selepas disiang, cuci bersih dengan limau nipis dan tepung, mat cucuk2 daging itik tadi dengan garfu dan perap dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus selama 1-2 jam, sebelum memasak. Itik ni agak cepat empuknya. Mat guna kurang lebih 1200 ml santan dan bila kering, sedang elok sahaja empuk.Ok kita semak resipi, bagi yang tak makan itik, anda bleh ganti dengan ayam atau daging...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor itik yang telah siap dibersihkan
11/2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1200 ml santan
Air jika perlu (air panas)
2 keping asam gelugor
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 camca besar penuh rempah kari daging
2 1/2 camca besar penuh kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
3/4 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 batang serai, hiris halus
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Itik dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit tepung gandum selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Cucuk daging itik tadi dan lumur dengan halia dan bawang putih tumbuk, gaul rata2 dan perap 1-2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Sementara itu satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata2 dan masukkan ke dalam kuali, tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan itik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul rata dan biar hingga daging itik sedikit mengecut. Tuang santan dan kacau rata. Biar mendidih. Sederhanakan api, dan biar merenih hingga pekat. 
  4. Masukkan kerisik dan asam gelugor. Tambah garam, tapi awas jangan banyak2, rasa lemak2 sudah cukup, kalau garam dia terasa, nanti rendang kering akan jadi masin. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering, jika daging itik masih keras boleh tambah sedikit air panas dan terus memasak hingga itik lembut.
  5. Tambah gula melaka (anggaran 1 camca besar) dan hirisan halus daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau pulut kuning...

13 comments:

Rozuan Ismail said...

wan dah minat makan itik skang ni.

Nina Mirza said...

As'salam CM ...
tak pernah makan itik. Huhuhuu .....
Lembut ehh daging dia?
Mahal gak ehh
hehee

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Pestaim saya makan daging itik, macam liat tapi sedap jugak, rasa cam adventerous gitu, hehe..

Mydin mana tu ada jual, teringin pulak nak buat rendang macam ni, kalau lembut, mesti sedap... tapi siapa ya nak tolong siangkan, erkkk!

faiez said...

salam..
tiap kali balik kg mesti mak akak rendang itik...yg muda tu tu goreng letak garam kunyit pun sodap...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pernah juga mkn itik.. tp org lain yg masak.. dagingnya agak pejal berbanding ayam.. tp takdelah liat mcm ayam pencen tu.. hihi..

kalau akak blk kg lalu ikut Kuala Pilah.. byk gerai tepi jalan yg jual itik salai & telur itik.. tp lom pernah beli itik salai tu.. tak reti nak masak.. cuma beli telurnya aje.. hihi..

Sidratul Muntaha said...

mak aku ajo selalunya guna air asma jawa dah ok dah hilang hanyir itik ni cik mat..
ngences la plak.
takper..
blik ni boleh mintak aku sembelihkan sekor buat rendang jugak!

aima said...

menu raya tahun ni, rendang itik cmg....mcm best sgt ni, mn nak cari itik kat kuantan ni,..huhu...tggu raya la kira buat kira jadi xde testing...cmg, aima save link kat fb...

Aziela said...

Hihihihi...sebenarnya kita pun baruuu jer masak rendang itik a few weeks ago. Puas belek blog Cik Mat nie cari resepi, tp x jumpa juga. Last2 kita guna resipi CiK Mat masak Rendang Ayam Kampung kat sini : http://www.tiffinbiru.com/2010/10/rendang-ayam-kampung.html

Sodap jugak tau Cik Mat. Tapi dah ada resipi rendang itik nie, kena try lagilah gamaknya. Pasar tani Alor Gajah, itik sekor dah siap salai, 16.00 jer sekor. Fresh dan sedap. Org tu siap potong2kan. Balik, tinggal leburr jer...hehehehhehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang sedap daging itik, masa emak saya bela itik di kampung, bila balik adik-beradik ke kampung emak selalu masak rendang itik, rasa dagingnya manis dan lembut...

Choco Ani said...

Wah wah sedap sungguh rendang itik hari tu saya pun buat cepat je abis nya.. hidangan wajib ada bila raya ;)

Mas Michiko said...

Perghhhh cedapnyerr... my fav ni CM... sy penah buat rendang itik tp campur pucuk ubi...

Kesuma Angsana said...

Actually x brp minat itik, tpi nampak sedap boleh cubalah!

aji nugraha said...

wow nikmat...




















Obat Rematik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.