PORTOBELLO MUSHROOM SOUP WIF HONEY GARLIC BREAD

rsz_dsc_2955
Petang semua, entri kali ni nak share mushroom soup, alah yang biasa2 sahaja tapi cuma cendawan dia saja mat guna jenis Portobello, kalau takde guna cendawan butang biasa pun boleh, tapi kalau dapat beli yang segar. Cendawan Portobello ni kaler dia kecoklatan sama warna macam swiss brown mushroom dan saiz dia agak besar dan sedikit leper, tu pasal mushroom soup nampak kelabu asap sikit. Rasa dia macam takde beza sangat dari cendawan butang, tapi kalau anda masak contoh dibuat rendang, kekenyalannya macam daging ayam. Untuk resipi ini mat guna susu rendah lemak, kalau nak lebih kaya dari segi rasa, boleh guna susu sejat atau whipping cream. Cuma nanti cepat muak pula. Dalam soup ni mat campur sedikit daging ayam dalam 1/4 cawan, itu je yang ada. Mat guna juga 1 kiub pati ayam, yang ni optional, tak letak pun takpe....

rsz_dsc_2959
Kalau dah ada mushroom soup, perlu ada garlic bread pulak kan, ok kali ni mat oter sikit...sikittt je tak banyak mana pun. Butter untuk disapu tu mat ganti dengan Olive Spread, yang ni boleh beli kat Tesco atau mana2 pasaraya. Kalau nak guna butter pun takde masalah. Mat campur sedikit madu dan juga herba thyme, tang herba tu optional, ada orang suka, ada orang tak suka. Kalau mat gebu, dia semua suka, asal kan bukan rumput atau lalang. Roti pulak mat guna roti perancis jenis berserat yang dihiris serong pada saiz sederhana tebal. Simple saja, tak banyak hal punya. Sebelum kita semak resipi, jomm lihat entri pilihan DTS kali ini, di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
200 gram cendawan portobello segar (boleh guna cendawan butang)
600 ml susu rendah lemak
400 ml air
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 kiub pati ayam
1/4 cawan daging ayam yang dipotong kecil
1 camca besar tepung gandum
Serbuk lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN HONEY GARLIC BREAD :-)
1 batang roti perancis (jenis lembut)
2 camca besar Olive Spread (atau mentega)
1 ulas bawang putih, parut halus
1 camca teh madu
Sedikit herba thyme (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK MUSHROOM SOUP :- Cendawan dicuci, toskan dan hiris. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan dan masak hingga layu. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian matikan api. Biar suam.
  2. Kemudian kisar hingga halus, tuang kembali ke dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, daging ayam dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga mendidih dan soup pekat sedikit. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Matikan api, tabur lada hitam sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih..
  3. UNTUK HONEY GARLIC BREAD :- Satukan olive spread atau mentega dengan madu, bawang putih dan herba thyme (kalau guna), kacau hingga rata. Roti perancis dihiris serong sederhana tebal, kemudian sapu dengan bahan yang disatukan tadi. Panaskan non-stick pan, panggang roti tadi hingga wangi dan keemasan pada setiap permukaan. Hidangkan bersama mushroom soup. Sedap dimakan suam...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam Che Mat,
    Yang ni dah confirm sedap nampaknye..

    ReplyDelete
  2. Uihhh terliur ni...minum petg best

    ReplyDelete
  3. ada idea ni. .sbb ada roti perancis kat umah tu...thks cik mat

    ReplyDelete
  4. bole tak tunjuk resipi utk dipping sauce.
    saya suka sgt dgn artichoke dip sauce dekat bubba gump, tp tak tau resipi. artichoke pulak susah nak carik.
    kut kut cik mat tau resipi dipping sauce yg sedap makan dgn nacho chips.
    boleh tolong share?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.