BEN ASHAARI

Sunday, April 1, 2012

NASI AYAM GORENG..

rsz_dsc_1469
Selamat pagi, dan salam hujung minggu semua. Jomm sarapan dulu. Pagi ni mat goreng nasi ayam, mana dapat nasi ayam, yang tu kena lah masak, atau beli atau sewaktu dengan nya. Bebaki dalam 3 cawan, eh banyak juga kan. Jadi pagi ni mat goreng sajalah, sapa yang sudi makan tu silakan, kalau tak nak, ada benda lain boleh makan, biskut ada, roti ada, quaker oats pun ada (yang tu akunya..huhu). Kalau sebut nasi goreng, ia satu hidangan sarapan paling ringkas dan boleh juga mengelakkan pembaziran. Kalau ada nasi2 yang semalam, ikan goreng yang tak habis ke, daging atau ayam goreng pun boleh kita guna sebagai perencah. Letak sayur2an yang anda suka. Kalau nak pedas tumbuk cili padi. Bila menghidang tu boleh juga kalau nak makan dengan ulam2, tak jadi masalah. Ok lah kita semak resipi, sesuai untuk orang2 bujang dan mereka yang baru berjinak2 ke dapur..macam mat gebu tuuuu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi ayam
1 keping dada ayam, ambil isinya, hiris
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
2 -3 titik minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Cili merah, buang biji dan dadu kecil2, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Ayam goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah daging ayam dan sos tiram, kacau rata, guna api sederhana.
  2. Masukkan mix vege dan juga cendawan butang, kacau dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Gaul rata dengan bahan2 lain.
  3. Tambah nasi ayam dan kacau, renjiskan sos ikan secukup rasa. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cincangan cili merah. Hidangkan bersama ayam goreng dan ulam2man..

5 comments:

laskar pelangi said...

mat gebu!!lapar la...meh la hantar nasi goreng ni kat bangi please...hihi =)

atie aizam said...

cari resepi nasi ayam kat sini.. aritu dah tengok.. arini nak cuba pulak.. tq sharing resepi.. :)

Kyky Violet said...

berkeriuk2 perut nie.. nak shikit hehe

Sis-Lin said...

Salam Mat..

Fuyoooooooo nsb dh kenyang ni makan karipap 2 ketul..klu tidak, aku bikin lagi nasi goreng..hehehehe

Shedap, ringkas tapi kenyangggg klu makan...

*2 hr kelmarin gan smlm bz jalan2 je..maklum le abg aku cuti, bkn senang nk tgk dia cuti..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nak sikit!!! apasal semua nmpk sedap ni.ehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.