BEN ASHAARI

Monday, April 16, 2012

MASAK CAMPAK-CAMPAK....

rsz_dsc_3812
Assalammualaikum, selamat petang.. Dah petang baru dapat bersiaran. Pagi tadi pun ada gak on9 sekejap. Lepas tu dah ada kerja2 yang perlu dibereskan. Demam pun ok dah, cuma adalah sipi2. Jam 10 mat dengan abang yang sulung pi beli barang dapur. Mula2 kami ke MyDin, tujuan mat nak beli ayam kampung yang memang ada jual disitu. Teringin nak makan sup ayam kampung pulak, insya Allah esok, kalau rajin lah. Dah beli2 serba sedikit lepas tu abang mat tanya, nak buat kat MyDin tak?.. Hmm boleh juga walaupun tak kerap belanja kat situ, tapi sekali2 singgahlah juga. Tak lama lepas tu mat pi tanya dia, jadi ke buat kad? Abang mat kata, kena bayar RM 15 untuk tempoh setahun....Uikk, laaa tatau pulak kena bayar, bukan lah berkira sangat tapi RM 15 untuk jangka masa setahun tu boleh dikira agak mahal, lagi pun mat bukan lah kerap sangat belanja di situ. Kalau tak ke Econsave, Tesco menjadi pilihan utama. Di Tesco free jee, lepas tu kupon yang kita dapat pun kira ok gak, boleh tolak perbelanjaan kita. Walaupun tak dinafikan ada barang di MyDin lebih murah, namun ada juga yang mahal. Jadi masa pun agak ketat. Balik tu singgah Tesco, beli2, bayar dan balik...Sampai rumah, masak time...tuu dia, sepantas kilat...tu belum makan jamu mak dara lagi okehh..atau pun air "akar fatimah"...mau dia terus aku boleh masak nasi beriani gammmmm's. Ok kita lihat lah menu cempak2 hari ni...Jommm..

Ok, mula2 mat masak asam rebus peria katak dengan tulang ikan masin kurau, yang ni atas permintaan bonda, masak dia mudah nanti mat tulis resipi dia. Selain tulang ikan kurau, anda boleh ganti dengan udang, atau ikan bilis pun ok. Tumbuk sedikit cili padi, mat tambah 1/2 kiub pati ikan bilis sebagai penambah perisa. Bunga kantan dan daun kunyit pun mat letak juga. Biasanya asam rebus mesti ada rasa masam baru lah sesuai dengan nama "Asam Rebus" yeaa dakk? Yang sebelah tu ikan bakar, yang ni mat siap2 siang dan perap dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus. Lepas tu bakar dalam kuali (mat guna kuali ajaib macam yang ini). Hidangkan bersama sambal kicap atau sambal air asam. Melelehh beb!!..

Dan satu lagi ada kangkung, ni semua bonda dah siap siang, jadi mat gebu kasi siap2 dia nya rencah lepas tu kasi goreng. Tambah sedikit sos ikan sebagai pengganti garam. Kena hidangkan panas juga baru terangkat. Untuk kali ni mat guna ikan bilis sahaja, no belacan yea...tapi cili padi ada lah mat tambah dalam 5-6 biji macam tu. Ok yang akhir dan wajib ada , ialah sambal belacan. Yang tu guna cili kampung, tapi yang belum masak sepenuhnya, tu pasal rupa dia tak hansem sangat, nampak lebam, but i tell u, very berapi the naga punyaaa!!!....pendek kata bibior jadi merah leer lepas makan!... Ok jom kita lihat resipi, mat tulis yang serba ringkas saja ok (resipi ikan dan sambal belacan tu tak payah lah kan)...... Terima kasih atas sokongan anda... (^___*)

ASAM REBUS PERIA KATAK...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji peria katak
3 ketul keratan tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria katak dibelah dua, kemudian buang bahagian dalamnya, belah tapi tak putus untuk setiap belahan tadi. Rendam dalam air. Tulang ikan masin kurau direndam sekurangnya 20 minit. Ketepikan.
  2. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan) ke dalam periuk bersama2 bahan tumbuk halus, asam gelugor dan air. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan bunga kantan dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak sekejap.
  3. Tambah peria katak, masak hingga peria lembut sedikit. Masukkan daun kunyit dan tambah garam (jika perlu) dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

KANGKUNG GORENG ALA KAMPUNG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kangkung, siang berasingan, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 1/2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
10 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan masak sekejap. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan batang kangkung. Masak sekejap.
  2. Tambah daun kangkung, dan gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain... (kalau suka, anda boleh juga goreng garing ikan bilis dan tabur atasnya sebelum menghidang)..

17 comments:

Suejoshua said...

Mat, pas mkn sambal belacan tu agak2 bibir ada mcm baru2 kena suntik botox tak? Hahaha

Mat Gebu said...

@ sue - haha, adaaaa....aku bimbang gak tau melecet "anu", kang tak pasal2 kengkang...serikk wooo!

SufatihaNur said...

salam perkenalan...trs jadik lapar bila masuk dapur che mat ni...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam ptg Che Mat :)

tebal bibir mamahawa bila tgk 10 biji cili padi kat asam rebus & kangkung..
berasap teliga hehehe
tapi lauk2 begini mmg sedap tak terasa nasi bertambah :P

Rozuan Ismail said...

masakan kampung nampak nya hari ni

CA said...

isshhh....cakap je campak2..hasilnya konherm tak tercampak ke mana selain mulut...mabeles tul...

Amie said...

Assalamualaikum Mat,
sedapnya set lauk lengkap segalanya... ikan gorengnya pun nampak menyelerakan!

Amie said...

Assalamualaikum Mat,
sedapnya set lauk lengkap segalanya... ikan gorengnya pun nampak menyelerakan!

zuraidapenang said...

sedap tu cik mat..mai campak kat penang ni sikit...

syazd said...

salam pakcik Mat..saya nak tnya, camne nak prep peria tu supaya bila masak tak pahit sgt? sy suka nak makan tapi terlalu pahit to my taste..tq ye.

.:hana radzi:. said...

simple tapi dah cukup menyelerakan..

Watierman said...

Assalam Cik Mat...resepi campak2lah yang selalu jadi pujaan hati Akak!! Sebab setiap kali masak...ikut kesesuaian barangan yang ada kan!!Sungguh menyelerakan hidangan tu Cik Mat!

AbbotCottage said...

Pepagi lagi dah bikin kita telan air liyo...gegegege

maszull said...

assalamualaikum cik Mat...walaupun masakannya jenis campak2 tapi itulah masakan yg paling best kalau dimakan rasanya pasti mengasyikkan tekak...:)

Kak Rose said...

mat, ko masak campak2 pun kak rose ni dah brapa kali telan air liur. glup!

icha ahmad said...

campak2 pon sedap... ;)

Sis Lin said...

Mat...takde pun respi sambal belacan tu...huhuhu
Kasi le respi sambal belacan tu, kot2 lain dr yg lain..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.