BEN ASHAARI

Wednesday, April 25, 2012

JANGAN DIGANGGU AIR YANG TENANG...

(Gambar ihsan dari sini...)

Hmmmm... 1 - 2 hari lepas di FB, aku marah....geram, malas nak fikir pekara2 remeh, bila aku layan, ibarat melayan budak2 yang tak cukup akal fikiran. Tapi cuma aku kurang selesa bila segelintir manusia tidak mahu mengaku tentang kesilapan mereka. Aku sebenarnya masak dah dengan pekara2 macam ni, isu gambar kena curi adalah masalah utama kami blogger2 masakan. Bukan lah aku dan rakan2 blog masakan manusia yang kedekut, cuma kejadian berulang2 kali berlaku, walaupun penerangan, entri dan macam2 lagi telah puas kami buat. Tapi masih ada lagi yang ambil jalan mudah, dengan alasan... "takde undang2 pun"...dan ada yang kata...kalau salah, lama dah penuh penjara. Itu tak termasuk isu amal jariah turut diselitkan sekali. Betul amal jariah tapi dalam apa jua keadaan sekali pun, mengambil hak orang lain, tanpa meminta izin ada lah salah, mencuri namanya. 

Bukan aku nak serang habis-habisan sampai orang2 yang bertanggungjawab bertindak menutup blog, page dan wall FB mereka, cuma nak mereka sedar. Sapa tak marah, kalau gambar masakan anda diambil, dah lah tu, watermark dicrop, penghargaan pada pemilik asal langsung tak diberi. Dalam hal ini elakkan kesalahan yang kita lakukan dengan mengaitkan orang lain, dengan kata, orang lain tu ada juga tag, paste dan macam2 lagi...bukan aku sorang jee yang buat. Satu lagi, kami blogger masak2 tulen ni jarang paste2 gambar orang lain, kalau ada pun dengan izin pemilik asal, atau sekurang2nya kami bagi backlink. Resipi ada tu kami berkongsi antara satu sama lain dan juga  pada mereka yang sudi. Masa yang kami ambil untuk menyediakan satu2 resipi hingga ke produk akhir bukan sikit. Jadi jangan mudah berkata2 sedemikian rupa jika anda tidak pasti kesahihannya. Kalau setakat tulis resipi, lepas tu gambar main rembat orang lain punya....semua orang boleh buat blog, page dan sebagainya....fikirlah sendiri...

Minta maaflah kalau bahasa aku agak kasar. Bukanlah aku ni bagus sangat, cuma aku nak beri pesanan ikhlas, kalau nak buat apa2, gunakan saluran yang lebih berilmiah, ambil pengajaran dari pekara2 yang lepas. Apa2 dalam dunia ni, kalau hak orang lain, dan kita memerlukannya, harus minta izin (2 juta kali dah ulang ni). Bila hal2 macam ni berlaku, kami blogger2 masakan rasa kecewa. Bukan nama yang kami kejar, bukan glamer yang kami cari, cuma berilah sedikit penghargaan atas penat lelah kami...tu saja, tak susah kan....Jadi aku harap lepas ni berfikirlah dengan cara yang lebih matang, buat sesuatu biarlah disenangi oleh semua pihak....Ok....tu saja...Sekian terima kasih.. Assalammualaikum....

16 comments:

Miss Amateur Cook said...

bawak bersabar je la mat gebu. setiap benda yg berlaku kt dunia ni ada pengadilannya di akhirat nanti.
^_^

nOOrsha said...

Sabarla CMG...ramai GMM yg main penat n letih dgn isu ni...makin kita bongkar makin byk yg jadi....kadang2 x bongkar pun tetibe terjumpa sdr...macam sinetron yg x berkesudahan n bertali arus.... :-(

Rozuan Ismail said...

itulah, mereka sewenang-wenang je ambk gambar tanpa kebenaran. terasal usaha kita tuh sia2 kan

Nieza said...

Betul, saya setuju dgn Cik mat. Bukan mudah utk buatkan n3 menu masakx2 ni. dari memasak sampaila gambar yg diambil tu dipublish memerlukan masa dan tenaga. semoga mereka yg tidak bertanggungjawab akan insaf dan sedar atas kesilapan yg berlaku.

kkida @ 1001resepi said...

nak buat camna mat, manusia seperti ini adalah parasit kepada blogger...
depa memang tiada rasa malu dan rasa bersalah curi hak orang...takpa satu hari nanti pasti mereka akan dapat pembalasan...

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Pada kitalah, mereka ni semua tiada etika. Kalau dari mula mereka boleh berfikir mengambil hak orang dalam apa bentuk pun salah, pasti mereka tak buat. Memanglah betul dalam terma & syarat sebelum kita setuju sign up blog atau fb tu dah dinyatakan tiada perlindungan hakcipta, tapi kalau sekurang-kurangnya tahu malu, pasti tak sewenang-wenangnya buat macam tukan..?

HaSue said...

kdg2 anak menangis masa amik gmbr,pastu gmbr jadi blur pun kite letak jugak dlm blog semata2 nak buktikan kite dah betul2 cuba resepi tu..lebih baik dr amik gmbr org letak kat page atau blog sndiri tanpa izin..huhuuu... dia salah paham,bukan la kite mrh dia share ilmu dapur tuu..gambar tu ha,watpe nak di crop(dipotong watermark..kot2 ada yg x phm kn)..adus..
rasa nak meratah tempoyak lak..

ROSE said...

aisey....kalau sy pun saya geram...sabarlah CMG....ada balasan org yg buat kianat tu.....

i'mNOTmasterchef said...

cik mat, sory lau ade resepi yg lupe nk credit. lepas ni, memang sy akan letak credit if sy rujuk blog cik mat. Maklumlah, blogger baru belajar. tak tahu semua tu. mintak tunjuk ajar ye cik mat.

salam persahabatan dari saya.
:)

Ummi said...

Betul sangat2 apa cakap cik Mat, semua yang kita buat, kalau apa2 pun hak orang, tetap hak orang, kita tetap kena minta izin nak publish kat blog sendiri ke, FB ke, atau mana2 saluran sekalipun, ...Kalau pandai menghormati hak orang lain, insyaAllah org lain pandai menghormati hak kita balik....

Akak setuju sangat dengan segala luahan komen di atas....perit jerih seseorang blogger...hanya blogger tulin je la yang tau spt kata Mat tuh..! Kesiaann akak baca komen Hasue tuh...Sue sabar yea..itulah nikmat dan antara rencah yg buat kita lg tabah dlm perkongsian ini... hakikat yg harus diterima oleh setiap blogger... ^___^

izahdaut said...

Sudahla menafikan hak orang, mengakui kesalahan sendiri jauh skali dan kemudian buat kenyataan yang merobek2 kan hati orang yang dianiaya tu.. Apa la agaknya prinsip kemanusiaan nyer.

Betul tu, bloger masakan tulen akan sangat trasa dgn hal2 ni.. Menda ni bukannya mudah, bermula dgn nak kena pikir menu apa yg sesuai, nak masak didapur, nak bekemas, nak snap gambor dgn rengekan anak yg nak makan, nak transfer gambo, nk edit gambo, nak karang entry, tu belum nk letak watermark, klu watermark buat sndrik belum lagi yg wm beli yg ditempah khas. Dan kemudian dgn mudah org amik gambor dan claim tindakan dia boleh sbb takde undang2 melarang.. Aiyooo pengsan dengan org mcm ni..

Dhila Rozi said...

selalu jugak nampak perkara ni berlaku, tapi tak mampu dah nak wat pape. orang yang wat macam nih memang suka sangat copycat hak orang lain tanpa pikir hati perasan hempedu orang yang dicilok hak ciptanya. memang patut pun kena serang kalau jadi macam tu... huhuh

Mr.ChefWannaBe said...

Salam,

saya amat setuju part masa yang kita spend bukannya skit nak try resepi2 dan kita bg penerangan mengikut pengalaman kita..Org lain senang ja amik dan crop letak kat blog,ckp tue resepi dia..Apa2 pun mencuri itu mmg salah..

Mas Michiko said...

Siapa pon akn marah jika berada di situasi CMG... Tp nk buat mcm mana sbb smua tu di luar kawalan kita... Dh resam dunia! Dugaan akn dtg kpd kita dlm pelbagai cara... So, hrp CM brsabar... sy doakan CM trus success sbg blogger! peaceeeee... :)

waiem said...

Sabar la CMG. Dia amek hak milik org satu hari nnti hak milik dia akan diamek org.

Kenapa perlu dibuang watermark..bukan ke mencurik namanya tu

Leadership Developmant Training said...

selamat siang sahabat
berbagi sedikit inspirasi pagi..^_^
"Kesuksesan itu tidak memandang siapa kita, dari mana kita, dan bagaimana kita.
Tapi kesuksesan itu hanya melihat doa dan kesungguhan kita saja.."
semoga hari ini lebih baik dari kemarin..^^
ditunggu kunjungnnya sob http://www.nolimitadventure.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.