BEN ASHAARI

Wednesday, April 11, 2012

IKAN BERKUAH TAUCO...

rsz_dsc_2614
Salam, tadi selak2 folder ada satu masakan yang lupa nak up kat entri, tapi tulah bukan nya menu vogue atau yang mengancam gileerrr, cuma masakan sempoi saja. Masakan macam ni menjadi pilihan big boss, sebab dia suka tauco2 ni, biasalah kita orang kan dah hybrid. Pagi tadi mat dah masak singgang serani untuk mat gebu dan gulai rebung wif udang untuk big boss (itu atas permintaan yea, jadi tak payahlah soal kenapa mat kerap masak lemak). Untuk resipi ni mat guna ikan Japanese Mackerel atau Saba Mackerel. Ikan kembong, tongkol atau tenggiri pun boleh digunakan, tapi ikan JM lagi sedap. Selain sedap dimakan bersama nasi putih, ia juga sesuai dimakan bersama bubur nasi. Jommm resipi, kalau sudi lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor Japanese Mackerel (atau ikan pilihan anda)
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 camca besar tauco
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng embal2, jangan sampai garing. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan tauco dan masak sekejap. Tambah sos tiram dan leek, kacau dan tuang air. Bila mendidih masukkan ikan.
  3. Tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau bubur nasi....

3 comments:

mama ju, said...

Mama bayangkan sedapnya....

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapppnyaa en mat.. lama saya tak makan lauk taucu.. teringat mak kat kg.. mak selalu masak.. en suami saya tak suka, maka tak adalah saya masak.. bila nak makan, balik kg la nampaknya :D

Roses_Leo09 said...

emm dah lama hanim tak makan lauk tauchu. Kalau buat dengan ikan pari + terung + cili padi fuhh terangkat ..........

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.