ASAM TUMIS KELADI.....

rsz_dsc_5174
Assalammualaikum, selamat petang...Ketat sikit masa hari ni, baru dapat menulis entri. Hari ni masak yang mudah dan senang2 belaka. Main lempar2 dan kacau2 saja. Tapi kan lepas masak tadi, sempat gak kacau kek sebiji, walaupun tak boleh sangat makan kek sekarag ni, janji boleh buat ok dah, tak makan pun takpe. Hari ni atas permintaan bonda mat masak asam tumis keladi dengan ikan masin kurau, panjang sungguh nama, kalau nama anak, tak muat surat beranak sudah. Masak asam macam ni, pada mat, penggunaan asam keping dan daun kunyit menjadi bahan utama. Tapi kalau anda nak ganti dengan daun selasih juga ok. Kali ni mat guna isi ikan kurau masin. Tapi harus direndam dahulu untuk membuang rasa masin.Tapi pastikan bila masak menggunakan ikan masin, garam harus berhati2. Letak sikit dahulu. Kemungkinan masakan anda sudah terasa garamnya dari ikan masin tadi. Masakan macam ni sesuai untuk2 semua golongan, lagi2 warga berusia (macam mat gebu...mat gebu dan mat gebu), kalau tak caya, cuba masak bagi mak/pak mertua anda, sah dia suka. Tapi kalau jenis tak suka, hmmm tatau nak kata apa lah kan. Ok sebelum kita lihat resipi, sudi2 kan lah VOTE di sini...sekadar membantu apa yang boleh, terima kasih yea... (^_________^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku ubi keladi, saiz sederhana
4 -5 keping hirisan isi ikan kurau masin, rendam
2 helai daun kunyit, disiat
2 - 3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
8 biji cili padi merah thai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar penuh ikan bilis, rendam dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi keladi dikupas kulitnya, potong dadu besar2, cuci dan rebus hingga empuk, toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit, kacau dan masak sekejap.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor, keladi dan ikan masin (toskan), kacau perlahan dan tambah daun kunyit. Perasakan dengan sedikit sahaja garam dan gula. Biar mendidih perlahan.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Kalau tak suka daun kunyit, anda boleh ganti dengan daun selasih atau daun kesom. Selamat mencuba!!..

Post a Comment

10 Comments

  1. Hahhhh???? pengsan saya sekejap cik mattt sebab ni feveret saya tapi tak pandai membuatnya. meh sepinggan cik mat.

    ReplyDelete
  2. sgt la sedap tgk gambar tu.....rajin betul CMG......

    ReplyDelete
  3. Sedapnyerrr.... dh lame tak msk menu nie...

    ReplyDelete
  4. sibbaik tak letak tempoyak..kalo idak dah terpaksa mengharung kebun belakang umah lg petang ni gi cari keladi gara2 terliur..hahaha <-bajet pekebun berjaya je bunyinya :P

    ReplyDelete
  5. Salam, Cik Mat.. telan air liur dah lebih 10 kali ni. Maknanya kita ni pun tergolong dalam warga2 berusia jugaklah, hihi..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Che Mat,

    Memang favourite ni, mak sedara saya dulu, tiap kali saya berkunjung pasti dia buat, dia tumis darat lagi mmmmm

    ReplyDelete
  7. sayur yang menjadi menu utama bila balik kampung....
    sedapppnya tengokkkkk.........

    ReplyDelete
  8. rasanya kat umah tak pernah masak keladi ni.. errr..
    #okbai

    ReplyDelete
  9. hampir setiap minggu akak mesti makan sayur asam keladi mcm ni..tapi bukan masak sendiri, akak beli kat kedai mak jah yg selalu tu..kat UTM je..kalau tinggal makan je mmng best, kalau nak kena siang bagai batang keladi ni..adoyaiiii terus ilang selera..he3 coz malas nak gatal2 tu...he3..

    ReplyDelete
  10. salam che mat ..........

    minggu lepas haim baru makan kat rumah family hb. Dah lama berpantang sejak ada anak. Skrg ni dah berisi balik boleh la makan. Takut nanti kempunan pulak. Selalu kalau hanim buat masakan ni hanim tak letak ikan bilis. Boleh cuba mcm ni

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.